Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Bina kerjaya muzik di alam maya, supaya lebih peluang damping keluarga

Jun 18, 2022 | 05:30 AM



GURU muzik, Encik Hafiz John Dzulkifli, mengagumi bapanya Encik Dzulkifli Mokhtar kerana gigih menjalani gaya hidup sihat sambil terus bekerja pada usia senja 66 tahun.



Namun, beliau tidak dapat membayangkan dirinya bekerja pada waktu pejabat sebagaimana bapanya yang pernah bertugas sebagai akauntan bank dan kini pekerja sektor keselamatan.



Ini memandangkan Encik Hafiz, 33 tahun, inginkan waktu fleksibel untuk diluangkan bersama dua anaknya, Daniella John, tiga tahun dan Elio John, satu tahun.



Dua tahun lalu, ketika dirinya juga resah tidak dapat membuat persembahan 'live' seperti biasa dek sekatan pandemik Covid-19, anak kedua tiga beradik itu memanfaatkan studio muzik miliknya, What's Your Jam di Kampong Bahru Road, untuk memulakan penstriman langsung.



Menerusi khidmat penstriman langsung interaktif Twitch yang kemudian menjadi rakan kerjasamanya, beliau yang menggunakan nama JamBreadMusic mendekati ramai pencinta seni sejauh Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Dubai.



Kerjaya baru yang memberinya pendapatan sampingan itu membuka mindanya tentang potensi yang boleh diteroka dalam bidang muzik di luar Singapura, sesuatu yang tidak pernah difikirkan sebelum ini.



Setiap petang Selasa, Rabu dan Jumaat, Encik Hafiz akan berkongsi lagu-lagu kegemarannya, menerima permintaan lagu atau bersembang dan bertukar-tukar idea dan pandangan dengan pengikutnya.



Ada juga permainan yang diperkenalkan dengan isterinya, Cik Rachel June, 35 tahun, seorang penjaga haiwan peliharaan profesional, kadangkala muncul menyanyi bersama.



Ketika ditemui di studionya, Encik Hafiz melahirkan kesyukurannya dapat mencari rezeki tambahan melalui wadah penstriman langsung.



"Kehidupan saya berubah sejak menjadi ayah. Saya mahu luangkan masa bermutu dengan anak-anak.



"Penstriman langsung boleh diatur mengikut kesesuaian masa saya sendiri. Justeru, waktu malam memang buat anak-anak.



"Bagi saya, penstriman langsung adalah cabang baru untuk saya perbaiki diri sebagai seorang pemuzik.



"Awalnya, kerana pandemik menyekat persembahan 'live' saya, saya mencari-cari ruang untuk terus menghiburkan orang.



"Saya sangka Twitch hanya untuk penstriman permainan dalam talian. Rupanya, ada ruang yang 'cool' untuk pemuzik mendekati pencinta muzik di merata dunia sebab ia platform yang besar dan selamat.



"Saya juga boleh melibatkan isteri dan anak-anak ketika menjalankan penstriman 'live'. Ia menjadi kegiatan keluarga yang memupuk semangat kekeluargaan kami," tambahnya.



Beliau dapat menjangkakan malahan tidak melarang jika anak-anaknya ingin meneroka bidang penstriman langsung ini apabila mereka dewasa kerana ia merupakan cabang baru yang berbaloi dan disifatkan bak jambatan kepada rangkaian kenalan antarabangsa.



"Ayah saya sendiri tidak pernah menghalang minat saya dan selalu memberi dorongan. Beliau akur cara kerja dan budaya kerja zaman sekarang sudah jauh berubah dan tidak terbatas pada waktu kerja pejabat.



"Saya duduk di studio di Singapura tetapi saya dapat dekati ramai teman dan membina sebuah masyarakat di peringkat antarabangsa. Sebagai ayah, saya juga ingin lihat anak saya dapat menjadikan minat mereka sebagai kerjaya.



"Bahkan, antara harapan saya adalah untuk menjadikan bidang penstriman langsung ini kerjaya sepenuh masa suatu hari nanti," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >