Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bintang media sosial hasil video 1 minit tentang Singapura

Aug 23, 2018 | 12:37 PM



BELIAU telah merantau seluruh dunia sejak lebih 860 hari lalu dan merakam pengalamannya di pelbagai negara.



Lulusan Universiti Harvard berketurunan Palestin-Israel itu kemudian memuat naik video selama seminit tentang negara itu di laman Facebook beliau setiap hari.



Encik Nuseir Yassin, 26 tahun, mengendali laman Facebook popular Nas Daily yang mempunyai lebih 7.6 juta pengikut dari seluruh dunia.



Semalam (22 Ogos), beliau berjumpa dengan warga Singapura dalam satu pertemuan yang dianjurkannya secara spontan.



Sekurang-kurangnya 700 orang hadir untuk bertemu dengannya di luar Stadium Tertutup Singapura meskipun Encik Nuseir hanya memaklumkan tentang pertemuan itu menerusi laman Facebook beliau sehari sebelum itu, iaitu kelmarin.



Namun, Encik Nuseir yang lebih dikenali sebagai Nas menekankan bahawa video yang dihasilkannya bukan bertujuan meraih keuntungan.



“Saya hanya mahu mengubah pandangan. Contohnya, sesetengah orang takut untuk melawat Turkey kerana mereka fikir negara itu bahaya.



“Jika saya dapat mengubah pandangan satu orang tentang Turkey, saya sudah cukup gembira,” ujarnya ketika ditemui The Straits Times.



Encik Nuseir menyimpan wang sebanyak AS$60,000 (S$82,000) sebelum berhenti kerja sebagai jurutera sofwe di Amerika Syarikat untuk merantau ke seluruh dunia dan menghasilkan videonya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >