Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bird Paradise lancar pengalaman 2 hari 1 malam ‘glamping’ bersama penguin

Nov 15, 2023 | 03:04 PM



Taman burung baru, Bird Paradise, di Mandai telah melancarkan satu pusat pembiakan dan penyelidikan baru.

Di samping itu, ia turut menawarkan pengalaman ‘glamping’ bersama penguin – perkhemahan selesa dan mewah selama dua hari satu malam untuk pengunjung.

Ciri-ciri baru itu diumumkan pada pembukaan besar-besaran taman itu pada Rabu, enam bulan selepas pembukaan awal taman itu pada Mei.

Sejak itu, taman seluas 17 hektar itu, atau kira-kira 24 padang bola sepak, telah menerima lebih 600,000 pengunjung Singapura dan antarabangsa, kata Kumpulan Mandai Wildlife, yang mengurus taman itu, lapor The Straits Times (ST).


Di pusat pembiakan dan penyelidikan burung itu, pengunjung boleh mempelajari mengenai cara anak burung dipelihara dengan tangan di nurseri.

Menternak anak burung dengan tangan memaksimumkan peluangnya untuk hidup. Ia juga membuat penjaga burung membina hubungan rapat dengan burung.

Pusat itu membolehkan pengunjung melihat di belakang tabir bagaimana Bird Paradise menjaga burung. Antara matlamat taman itu adalah meningkatkan populasi spesies burung yang hampir pupus.

Di samping itu, buat pertama kali, taman itu memperkenalkan pengalaman ‘Glamping bersama Penguin’ yang membolehkan pengunjung bermalam di Penguin Cove di taman itu dalam khemah khas yang selesa.

Pengalaman dua hari satu malam itu direka untuk keluarga empat orang, yang berpeluang bersantai dengan pemandangan penguin yang menakjubkan, melihat pameran Cahaya Selatan atau Southern Lights di pameran penguin, dan menyertai lawatan berpandu ke avairi dan pelbagai kemudahan lain seperti hospital burung.


Harga perkhemahan secara mewah ini bermula dari $1,699 bagi satu khemah. Tetamu perlu berusia sekurang-kurangnya lima tahun.

Kumpulan Mandai Wildlife dan perkhidmatan pos nasional SingPost turut melancarkan set setem peringatan keluaran terhad.

Tiga daripada rekaan setem menampilkan beberapa spesies paling terancam di taman itu: burung merpati ‘Negros bleeding-heart’, helang Filipina dan burung enggang ‘knobbed hornbill’.


Bercakap pada majlis perasmian taman itu, yang disertai sekitar 1,000 hadirin, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, menjelaskan mengenai kepentingan dan kejayaan taman burung terdahulu, Taman Burung Jurong, yang menerima lebih 40 juta pengunjung sepanjang 50 tahun lalu sehingga ia ditutup pada Januari lalu.

Beberapa peningkatan utama di Bird Paradise termasuk lapan aviari ‘walk-through’ (berjalan masuk) besar dan interaktif yang membolehkan burung berterbangan dengan bebas dan pengunjung mendekatinya.


Encik Wong menarik perhatian kepada tumpuan Bird Paradise terhadap pemuliharaan dan kemampanan, dan turut mempunyai pelbagai ciri rekaan hijau dan sokongan bagi usaha pemuliharaan hidupan liar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >