Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Setempat

Blogger S’pura Amos Yee didakwa di AS sebab mencari dan miliki bahan pornografi kanak-kanak

Oct 17, 2020 | 02:47 PM

 

Blogger warga Singapura,  Amos Yee, 20 tahun, telah didakwa di sebuah mahkamah di Illinois pada Jumaat (16 Oktober), kerana mendapatkan dan memiliki bahan pornografi kanak-kanak, menurut laporan The Straits Times yang menukil laporan media tempatan.

Yee, yang dipenjara dua kali di Singapura pada 2015 dan 2016 kerana ucapan kebencian berhubung agama, diberi suaka politik di Amerika Syarikat pada 2017 dan menetap di Chicago sejak itu. 

Yee dipercayai bertukar-tukar gambar bogel dan “ribuan” pesanan dengan seorang remaja Texas berusia 14 tahun semasa di Chicago, lapor akhbar harian Chicago Sun-Times. 

Beliau yang hadir di Mahkamah Jenayah Leighton di Chicago pada Jumaat lalu bagi pembicaraan mengenai bon telah dikenakan ikat jamin pada AS$1 juta ($1.36 juta) dan dilarang menggunakan Internet sementara menantikan perbicaraan.

Jika didapati bersalah, status suaka politik Yee boleh ditarik balik dan dihantar pulang ke negara.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian