Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BlueSG disewa sejuta kali sejak dilancar pada 2017

Aug 10, 2020 | 03:23 PM



 





KHIDMAT perkongsian kereta elektrik BlueSG, pada Isnin (10 Ogos) berkata kenderaannya telah disewa sejuta kali sejak ia dilancarkan pada 2017.



Khidmat tersebut, sebahagian program rintis Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) bagi inisiatif perkongsian kereta elektrik, kini mempunyai lebih 80,000 pelanggan yang membayar dari $8 sebulan untuk menggunakan salah satu daripada 667 kereta Bluecars.



Meskipun bilangan anggota dan kadar sewaan jatuh dalam tempoh pemutus litar BlueSG berkata ia mengalami pertumbuhan kukuh sejak ekonomi Singapura dibuka semula pada 2 Jun, kata syarikat itu dalam kenyataannya.



Pengarah urusan BlueSG Encik Franck Vitte berkata keretanya disewa sekitar 100,000 kali sebulan dan ia menerima 4,000 langganan baru dalam tempoh yang sama.



Disember lalu, ia melancarkan dua pelan langganan yang mendapat sambutan baik.



Pelan itu menwarkan langganan $18 sebulan bagi pelang premium enam bulan dan pelan asas iaitu $8 sebulan.



Pelanggan perlu membayar kadar sewa kereta $0.33 seminit jika ingin menggunakan kereta.



BlueSG juga mempunyai pakej sewa bagi tempoh penggunaan lanjut pada kadar lebih muah. Ini adalah pakej tiga jam bernilai $39.90 dan pakej lima jam pada harga $49.90.



Buat masa ini, syarikat itu mempunyai 345 stesen pengecas, dengan lagi 1,371 tempat pengecas di estet perumahan awam, bangunan perusahaan, pusta beli belah, Lapangan Terbang Changi, Sentosa dan di pusat bandar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >