Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH TAHUNAN KUMPULAN MEDIA INGGERIS, MELAYU DAN TAMIL SPH 2020

'The BM Show' diiktiraf cemerlang

Program terbitan BH/BM menang Anugerah Kecemerlangan Khas
Mar 18, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM The BM Show, yang asalnya diterbitkan Berita Harian/ Berita Minggu bagi menghibur orang ramai semasa pemutus litar jangkitan Covid-19, meraih Anugerah Kecemerlangan Khas dalam majlis Anugerah Tahunan Kumpulan Media Inggeris, Melayu dan Tamil (EMTM) Singapore Press Holdings 2020 semalam.



Pasukan The BM Show terdiri daripada wartawan Siti Zulaiqah Abdul Rahim sebagai penerbit dan pengarah; wartawan Nur Humaira Sajat sebagai penolong penerbit dan pengarah; dan Penolong kepada Editor Hanim Mohd Saleh serta koresponden Irma Kamarudin sebagai pengacara program.



Anggota lain yang menjayakan program itu di belakang tabir ialah wartawan Fakhruradzi Ismail dan koresponden Shahida Sarhid.



Cik Zulaiqah berkata beliau amat bersyukur di atas pengiktirafan itu.



"Banyak cabaran yang harus kami tempuhi (bagi menerbitkan program itu), misalnya peraturan sekatan Covid-19. Selain itu, ia antara percubaan awal Berita Harian untuk memanfaatkan wadah digital dengan lebih baik. Oleh itu, kami semua harus belajar banyak perkara dalam masa singkat," ujar beliau.



Cik Zulaiqah paling gemar proses menjayakan segmen 'Bakat Baru' dalam musim kedua program itu, di mana beliau mencari bakat tempatan dan mengundang mereka ke program itu.



Cik Irma berkata mengacara program itu mencabar kerana ia satu peranan baru baginya.



"Anugerah dan pengiktirafan ini memberi kami lebih motivasi untuk menghasilkan kandungan yang lebih menarik dan relevan bagi penonton bagi penonton The BM Show," katanya.



Cik Hanim tidak sangka setelah 30 tahun bertugas dalam bidang kewartawanan, beliau diberi peluang mengacara program digital itu.



"Saya menghargai peluang yang diberi kepada saya untuk melibatkan diri dalam program The BM Show, dan peluang belajar banyak perkara baru, meneroka alam digital dan bekerjasama dengan pasukan generasi muda," ujarnya.



Musim pertama The BM Show berjalan dari 14 Jun hingga 2 Ogos tahun lalu, sementara musim kedua dari 11 Oktober hingga 29 November. Setiap episod berlangsung 30 minit dan ditayang pada Ahad pada 10 pagi di wadah media sosial Facebook dan Instagram.



Musim pertama mempunyai 10 episod dan menarik sekitar 30,000 tontonan setiap episod. Musim kedua, dengan lapan episod, mendapat 200,000 tontonan secara keseluruhan, dengan lebih 51 peratus penonton berusia antara 21 dengan 44 tahun. Program itu kini dalam musim ketiganya.



Mengulas tentang itu, Editor Berita Harian/Berita Minggu, Encik Saat A. Rahman, berkata: "The BM Show satu lagi wadah digital yang kami perkenalkan dan kami gembira ia mendapat sambutan baik daripada pembaca.



"Anugerah ini satu pengiktirafan kepada pasukan kami yang mengusahakannya. Ia satu dorongan kepada kami, terutama pasukan BH yang menjayakan wadah ini, dan satu pengalaman baru bagi mereka."



Sementara itu, liputan oleh Penolong kepada Editor Norhaiza Hashim dan Cik Humaira mengenai perniagaan dari rumah (HBB) yang terjejas oleh sekatan Covid-19 tahun lalu terpilih sebagai finalis bagi Laporan Terbaik Tahun 2020 dalam majlis anugerah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >