Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERBAHASAN UCAPAN PRESIDEN HALIMAH YACOB

Boleh beza pandangan tapi bahas tidak harus 'koyakkan masyarakat': Ye Kung

Jika terus berbuat demikian ia akan semai perpecahan, pecah belah masyarakat
Apr 21, 2023 | 05:30 AM



MENYUARAKAN pandangan berbeza, daripada soal pekerja migran hingga cara perbelanjaan pemerintah dibiayai, adalah sebahagian daripada politik, namun perbahasan di Parlimen tidak seharusnya melaga-lagakan satu pihak dengan yang lain, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di Parlimen pada Khamis.



Anggota Parlimen (AP) boleh berdebat dan berbalah, tetapi ia tidak sepatutnya "mengoyakkan masyarakat kita, dan jika kita terus berbuat demikian, ia akan menyemai perpecahan dan memecahbelahkan masyarakat kita," kata beliau semasa membalas beberapa perkara yang dibangkitkan dua AP pembangkang dalam perbahasan mengenai Ucapan Presiden Halimah Yacob pada pembukaan Parlimen.



Pada Selasa, AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Encik Leong Mun Wai, mendakwa pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) cuba menggambarkan Parti Kemajuan Singapura (PSP) sebagai xenofobia, nativis, dan malah berbaur perkauman sedangkan ia hanya berusaha memberi suara kepada keprihatinan pekerja warga Singapura.



Encik Ong berkata pemerintah sentiasa mengakui keprihatinan yang dibangkitkan oleh pelbagai AP, termasuk oleh PSP.



Ini termasuk kebimbangan rakyat Singapura tentang pekerjaan dan persaingan dalam ekonomi sejagat dan pesat berubah, serta kemampuan dan aksesibiliti flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



"Kami bekerja keras untuk menyesuaikan dasar, dan membuat usaha berhati-hati bagi menangani isu ini," katanya.



"Tetapi saya harap Encik Leong juga akan mengakui kebimbangan serius yang kami ada tentang cara beliau membangkitkan dan membahaskan isu," tambah Encik Ong.



Beliau memberi contoh perbahasan mengenai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (Ceca) antara Singapura dan India pada Julai 2021, yang berlaku selepas perjanjian itu dicemari dan perbincangan itu menimbulkan "nada perkauman yang membimbangkan".



Sebagai bekas perunding perjanjian perdagangan bebas, Encik Ong menyampaikan kenyataan menteri di Dewan mengenai perjanjian itu, dan menjelaskan kepada AP bagaimana Ceca memelihara hak Singapura untuk mengenakan dasar imigresen dan menetapkan syarat pas kerja bagi warga asing yang ingin bekerja di sini.



Tetapi apabila Encik Leong, yang merupakan ketua PSP, memfailkan usul mengenai dasar bakat migran pada September 2021, beliau terus merujuk kepada Ceca sebagai punca kebimbangan yang meluas dalam kalangan rakyat Singapura mengenai pekerjaan dan mata pencarian, kata Encik Ong.



Beliau menambah bahawa Encik Leong dan PSP tahu isu kaum boleh sengaja dibesar-besarkan dalam Singapura yang berbilang kaum.



"Keharmonian kita dikecapi dengan susah payah. Jangan kita ambil ringan," kata Encik Ong.



Mengenai ucapan AP Parti Pekerja (WP), Encik Leon Perera, Encik Ong berkata Encik Perera menegaskan pemerintah cuba menekankan satu "naratif dominan" tanpa mengambil kira alternatif yang dibangkitkan oleh WP.



"Ini tidak mungkin benar. Jika tidak, kita tidak akan mengadakan perbahasan yang begitu meluas tentang begitu banyak isu dalam Dewan ini," kata Encik Ong.




"Kami bekerja keras untuk menyesuaikan dasar, dan membuat usaha berhati-hati bagi menangani isu ini. Tetapi saya harap Encik Leong (Mun Wai) juga akan mengakui kebimbangan serius yang kami ada tentang cara beliau membangkitkan dan membahaskan isu... Keharmonian kita dikecapi dengan susah payah. Jangan kita ambil ringan."
- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menegur cara ketua Parti Kemajuan Singapura (PSP), Encik Leong Mun Wai, membangkitkan dan membahaskan isu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >