Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MALAYSIA

Bolehkah kerjaya politik Najib bertahan?

Apr 02, 2023 | 05:30 AM



KERJAYA politik mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, mungkin masih dapat bertahan walaupun Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk menyemak sabitan dan hukuman penjara 12 tahun ke atas beliau.



Pemerhati politik, Dr Oh Ei Sun, yang juga Zamil Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, berkata kelangsungan Datuk Najib dalam politik dilihat diabaikan kerana kawan dan lawan politiknya dilihat seperti terus membiarkannya sendirian dan menganggap Datuk Najib akan terkubur menerusi proses mahkamah.



"Saya percaya bekas perdana menteri Datuk Najib masih mempunyai ketangkasan bangkit kembali,'' ujar Dr Oh.



Dr Oh diminta mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Datuk Najib membatalkan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos tahun lalu yang memenjarakannya kerana menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.



Dr Oh percaya Datuk Najib masih boleh memohon pengampunan diraja bagi sabitannya, yang membawa hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta ($63.3 juta) itu.



Malah Dr Oh percaya gerakan 'Malu Apa Bossku' masih mempunyai sokongan signifikan, walaupun jumlah penyokongnya berkurangan.



"Tanpa pengaruh Datuk Najib, kerajaan gabungan yang terdiri daripada Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), terutama Umno, jika mereka ingin melawan Perikatan Nasional, terutama PAS, mereka perlu gabungkan semua sokongan yang mereka ada untuk menundukkan PN."



Menurut Dr Oh, fenomena 'Malu Apa Bossku' menyaksikan seolah-olah Datuk Najib tidak terkalahkan sehingga membantunya dalam kempen pilihan raya negeri Sabah, Melaka, dan Johor.



"Datuk Najib masih merupakan sebahagian daripada Umno, dan Umno tidak sepatutnya membiarkan dan menjauhkan diri daripadanya kerana saya rasa sokongan bekas PM itu akan menjadi berharga dalam pertempuran melawan gelombang kenaikan Perikatan Nasional,'' ujar Dr Oh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >