Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 4,000 penduduk, 1,000 rumah terjejas akibat operasi pelupusan bom di Bukit Timah

Sep 25, 2023 | 08:30 PM



Pemilik restoran, Karu’s Indian Banana Leaf, akan kerugian $8,000 pada Selasa – nilai pendapatan seharinya kerana beliau terpaksa menutup kedainya bagi operasi letupan bom era Perang Dunia Kedua (WWII) di kawasan berdekatan.

Bahkan, Encik Subramaniyam Nallappan, 57 tahun, tidak dapat tinggal di rumahnya juga, kerana beliau antara lebih 4,000 penduduk terjejas yang perlu mengosongkan rumah mereka apabila bom seberat 100 kilogram itu diletupkan pada Selasa.

Menurut laporan The Straits Times, lebih 1,000 rumah akan terjejas.


Bom tersebut – yang dijumpai Rabu lalu di satu tapak binaan Upper Bukit Timah Road – akan diletupkan di tapak itu kerana ia terlalu berbahaya untuk dialihkan.

Ini merupakan latihan pemindahan penduduk terbesar melibatkan peletupan relik WWII.

Polis berkata penduduk kediaman The Linear, Hazel Park, Hazel Park Terrace, dan penduduk Blok 154 Gangsa Road, serta rumah-rumah kedai di Upper Bukit Timah Road, dikehendaki berpindah semasa operasi pelupusan bom itu dari 8 pagi hingga 7 malam, pada Selasa.

Encik Subramaniyam berkata: “Saya tiada pilihan kecuali menutup restoran saya, tetapi saya agak lega kerana keselamatan kami dipandang serius.”

Beliau yang juga penduduk di kondominium Hazel Park – antara rumah yang terjejas – akan meluangkan hari itu di Taman Haiwan Singapura bersama isteri dan dua anaknya.

Jirannya, Jal Yoga, dijangka kerugian $11,000, kata pengurus studio Encik Abir Singh. Ini disebabkan mereka perlu memulangkan wang kepada 250 pelanggan kerana terpaksa membatalkan 10 kelas pada Selasa, tambahnya.

“Kami terpaksa mengerah semua kakitangan kami pada Isnin untuk menghubungi setiap anggota mengenai kelas yang dibatalkan. Kami berada betul-betul di depan tapak binaan, jadi saya rasa agak tidak selamat,” jelas Encik Singh.

Sebagai langkah berjaga-jaga, sebuah stesen minyak Shell berdekatan akan mengeluarkan minyak dari tangki bawah tanahnya dan menutup stesen itu buat sementara waktu, kata seorang jurucakap. Stesen itu akan dibuka semula pada Khamis.

Penduduk HDB di Blok 154 Gangsa Road mengetahui tentang pelan letupan itu dalam satu majlis dewan bandaran atau sesi dialog di Sekolah Menengah Greenridge Ahad lalu.

Seorang penduduk, Encik Wong Kwet Phin, 70 tahun, berkata beberapa peserta dalam mesyuarat yang dihadiri sekitar 400 orang itu bertanya mengenai siapa yang akan membayar bil kerosakan harta benda.

Seorang lagi penduduk, Encik Garry Ong, 51 tahun, berkata rungutan terbesarnya dengan operasi pelupusan itu ialah gangguan kepada persiapan anak perempuannya berusia 12 tahun yang bakal menduduki peperiksaan PSLE yang bermula Khamis ini.

“Jadi, isteri saya akan membawanya ke satu tempat untuk belajar, mungkin di sebuah kafe,” ujar beliau.


Bom itu ditemui di tapak binaan kondominium The Myst semasa kerja penggalian dijalankan, kata polis.


Polis akan mengepung kawasan sekitar 200 meter di keliling relik tersebut bagi tujuan letupan itu, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >