Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Bonus $15,000 bagi lulusan jururawat baru, ratusan katil hospital ditambah

Ia bagi kurangkan masalah tampungan di hospital awam
Jul 19, 2023 | 08:01 PM



Tenaga kerja kejururawatan akan mendapat ganjaran besar manakala ratusan lagi katil hospital dan penjagaan pemulihan akan ditambah menjelang akhir 2023 untuk mengurangkan masalah tampungan di hospital awam.

Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung mengumumkan langkah membantu sektor jagaan kesihatan menangani masalah wad sesak dan masa menunggu yang lama itu semasa majlis penyampaian Anugerah Merit Jururawat (NMA) kepada 125 jururawat pada Rabu di Hotel Orchard.

Untuk menarik permohonan jururawat baru, bonus daftar masuk sebanyak $15,000 ditawar, di samping memperluas katil pemulihan atau katil peralihan bagi mereka yang tidak lagi memerlukan penjagaan akut, dan mungkin sedang menunggu katil di rumah jagaan.

Langkah tersebut bertujuan menangani permintaan penjagaan kesihatan yang telah meningkat selepas wabak Covid-19 dan dijangka terus bertambah apabila penduduk Singapura semakin tua.

Menurut Encik Ong, pelajar kejururawatan tempatan yang menamatkan pengajian pada 2023 dan menyertai sektor penjagaan kesihatan awam akan layak mendapat bonus daftar masuk sebanyak $15,000, sebagai sebahagian daripada usaha mengukuhkan proses menggajikan jururawat di sini.

Bonus akan dibayar dalam tempoh dua tahun dan dalam tiga peringkat sebanyak $5,000 setiap kali dengan bayaran pertama diberi pada permulaan pekerjaan, manakala bayaran susulan akan dibuat pada penghujung tahun pertama dan kedua perkhidmatan.

Ganjaran itu diberi kepada semua lulusan bidang kejururawatan baru dari politeknik dan universiti tempatan yang memasuki sektor kejururawatan dalam kelompok penjagaan kesihatan awam, atau pertubuhan penjagaan komuniti kediaman yang dibiayai awam seperti rumah jagaan.

Lulusan program kejururawatan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada Disember 2022 dan menyertai bidang kejururawatan pada 2023 juga layak.

Bonus itu bagaimanapun tidak akan diberi kepada mereka yang ditaja atau menerima pakej biasiswa. Mereka yang memasuki kerjaya jururawat sejak Januari 2023 pula tidak terlepas diberi ganjaran ini.

Dalam pada itu, Encik Ong berkata, dunia di luar hospital berada pada kedudukan Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) Hijau kerana kehidupan kembali normal, tetapi di dalam hospital, terdapat lebih ramai warga emas dengan keadaan kes yang lebih kompleks, lebih banyak isu dengan lebih daripada satu penyakit wujud dalam badan. Dorscon Hijau menunjukkan bahawa penyakit itu ringan atau tidak mudah merebak.

MOH menambah sepanjang wabak itu, tempoh penginapan purata telah meningkat dari 6.1 hari kepada tujuh hari, yang menyumbang kepada peningkatan ketara sebanyak 15 peratus dalam jumlah yang inap.

“Wad hospital kita selalunya penuh. Jabatan Kecemasan amat merasainya. Di KKH (Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK) sekarang, setiap hari terasa seperti Tahun Baru Cina,” kata Encik Ong.

“Singapura tidak bersendirian... Ia adalah dunia baru penjagaan kesihatan yang seisi dunia lihat sesudah tersedar daripada wabak ini. Pengalaman kami dikongsi di seluruh negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

“Di negara seperti UK (United Kingdom) dengan pelaburan dalam penjagaan kesihatan tidak dapat memenuhi permintaan, keadaannya agak teruk. Terdapat tujuh juta pesakit dalam senarai menunggu,” katanya.

Bagi menangani masalah tampungan, MOH akan menambah 280 katil hospital akut khususnya daripada pembukaan Hab Penjagaan Bersepadu Hospital Tan Tock Seng pada September. Selebihnya, katil ini diletakkan di Hospital Alexandra (20 katil), Hospital Khoo Teck Puat (100 katil), dan Hospital Besar Sengkang (40 katil).

Pada 2022, terdapat 9,820 katil akut di institusi penjagaan kesihatan awam.

MOH juga akan meningkatkan bilangan wad maya yang dikenali sebagai Penjagaan Pesakit Rawat Inap Mudah Alih di Rumah atau MIC@Home, daripada kira-kira 100 katil kepada 200 katil.

Ini membolehkan pesakit yang memerlukan penjagaan hospital akut menguruskan isu perubatan aktif mereka melalui penghantaran khidmat penjagaan di rumah mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >