Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buat kenyataan berbaur perkauman: Bekas pensyarah poly dipenjara lima minggu, denda

Dec 30, 2022 | 05:30 AM



BEKAS pensyarah kanan Politeknik Ngee Ann (NP), yang membuat kenyataan berbaur perkauman yang sempat terakam di dalam video yang tular tahun lalu, telah dijatuhkan hukuman penjara lima minggu dan denda $6,000 semalam.



Dua pertuduhan lain telah diambil kira semasa hakim menjatuhkan hukuman.



Ketua Hakim Daerah, Encik Victor Yeo, berkata kenyataan Tan itu "paling merisaukan" kerana ia berunsur sindiran bahawa menjadi kaum tertentu adalah salah dan ini boleh menjejas keharmonian kaum di Singapura.



"Saya tidak boleh mengabaikan rasa malu dan sakit hati yang dirasai (pasangan itu) dan keresahan orang ramai. Ia sangat jelas melampui batas," katanya.



Pada 5 Jun 2021, Tan, yang pada masa itu pensyarah di Jabatan Kejuruteraan NP mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman kepada Encik Dave Parkash, 26 tahun, di sekitar Taman Angullia, Orchard Road.



Encik Parkash, warga Singapura yang separuh India dan Filipina sedang bersama teman wanitanya, Cik Jacqueline Ho, pada masa itu.



Pasangan itu sedang berjalan ke arah tempat letak kereta di Orchard Boulevard apabila Tan yang sedang menyeberangi jalan dengan mereka membuat komen bahawa ia adalah "sangat memalukan seorang lelaki India bersama seorang gadis Cina".



Cik Ho, yang separuh Thai dan Cina Singapura, merakam konfrontasi yang berlaku antara mereka, manakala Encik Parkash berkongsi video selama sembilan minit itu di Facebook.



Dalam video tersebut, Tan menuduh Encik Parkash "mencari seorang gadis Cina sebagai mangsa" dan berkata seorang wanita Cina tidak sepatutnya bersama lelaki India.



Tan menambah: "Satu-satunya perkara ialah apabila anda menggunakan seorang gadis Cina sebagai mangsa, orang Cina tidak menyukainya."



Dia juga memberitahu Encik Parkash: "Jika anda bangga dengan bangsa anda, anda harus berkahwin dengan bangsa India juga."



Sekitar sebulan selepas konfrontasinya di Orchard Road itu, Tan mengeluarkan permohonan maaf rasmi di Facebook.



Sementara itu, dalam kes berasingan pada Jun 2021, polis telah menemui 64 video lucah dalam telefon bimbit Tan.



Video itu memaparkan aksi seksual dan ia dimuat turun daripada dalam talian atau dihantar oleh rakannya untuk tatapan peribadi.



Timbalan Pendakwa Raya Yeow Xuan memohon hukuman penjara sekurang-kurangnya empat minggu terhadap Tan kerana kenyataan perkaumannya "keji dan berterusan".



Namun peguam bela Eugene Thuraisingam memohon hukuman berasaskan komuniti untuk anak guamnya.



Beliau memberitahu mahkamah November lalu bahawa anak guamnya telah mengajar di NP selama lebih 30 tahun dan tidak pernah mendiskriminasi sesiapa berdasarkan kaum dan agama.



Mereka yang dengan sengaja melukakan perasaan berdasarkan agama atau kaum seseorang boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda, atau kedua-duanya sekali.



Mereka yang memiliki filem lucah boleh didenda sehingga $40,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >