Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buaya dibunuh akibat timbul bahaya kepada orang awam: Tan Kiat How

Nov 07, 2023 | 04:56 PM



Buaya liar yang ditemui berhampiran Marina East Drive pada Oktober terpaksa dibunuh kerana ia menimbulkan risiko besar kepada keselamatan awam memandangkan ia berdekatan dengan Pantai East Coast.

Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, menjelaskan di Parlimen pada Selasa bahawa buaya itu dilihat sekitar 2 kilometer dari Pantai East Coast, jarak yang mengambil masa 10 minit bagi seekor buaya yang berenang.

“Oleh kerana Pantai East Coast merupakan tempat popular yang menerima sekitar 7.5 juta kunjungan setiap tahun, penilaiannya adalah buaya itu menimbulkan risiko besar kepada keselamatan awam,” kata Encik Tan.

Pembunuhan buaya itu mendapat reaksi hebat daripada kumpulan pemuliharaan dan kebajikan haiwan serta mencetuskan perdebatan sengit dalam talian.

Encik Tan menjawab soalan yang diajukan Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) yang bertanya bagaimana Lembaga Taman Negara (NParks) membuat keputusan mengenai pengurusan hidupan liar di bandar dan faktor yang dipertimbangkan semasa menangani spesies yang berbeza.

Dalam kes buaya air masin seperti buaya dewasa besar yang ditemui di Marina East Drive, keselamatan awam menjadi pertimbangan utama kerana buaya sedemikian merupakan pemangsa puncak atau ‘apex predator’ dan penyerang yang senyap.

Buaya sedemikian diketahui telah menyerang dan membunuh manusia di negara lain, kata Encik Tan.

Menggariskan pendekatan yang diambil NParks untuk menangani buaya, Encik Tan berkata ia akan menilai terlebih dahulu jika terdapat ancaman segera terhadap keselamatan awam sejurus terdapat penampakan haiwan itu.

Beliau berkata: “Sebagai contoh, jika penampakan adalah di destinasi rekreasi, NParks akan memerangkap buaya itu dan cuba memindahkan atau menempatkannya semula.


“Dengan berbuat demikian, NParks mengambil kira naluri buaya muara yang kuat untuk kembali ke (tempat) tangkapan.”


Encik Tan berkata NParks pada awalnya meneroka pilihan untuk menempatkan semula buaya sepanjang 3 meter itu ke Paya Simpanan Sungei Buloh, tetapi lokasi itu tidak boleh mengambil lebih banyak buaya, “memandangkan populasi buaya sedia ada yang besar di sana” iaitu kira-kira 20 buaya.

Memandangkan “tiada pilihan yang boleh dilaksanakan untuk penempatan semula”, NParks memutuskan untuk membunuh buaya itu demi kepentingan keselamatan awam.


Encik Tan berkata: “Keputusan itu tidak diambil ringan. Euthanasia (membunuh secara ihsan) dilakukan oleh doktor haiwan, mengikut piawaian antarabangsa.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >