Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 13 tahun antara 106 disiasat terlibat pinjaman tidak berlesen

Jan 18, 2023 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat 106 individu ber-usia antara 13 tahun dan 74 tahun kerana disyaki terlibat dalam kegiatan memberi pinjaman wang secara haram.



Ini menyusuli satu operasi selama seminggu dari 9 hingga 13 Januari, apabila pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen darat polis menjalankan serbuan di serata negara ke atas pemiutang wang tidak berlesen.



Polis berkata siasatan awal menunjukkan tujuh orang dikatakan terlibat dalam mengganggu penghutang di rumah mereka.



Seramai 30 orang pula, dipercayai menjadi orang upahan, didakwa membantu dalam perniagaan pinjaman wang tidak berlesen dengan melakukan pemindahan mesin juruwang automatik (ATM), sementara seorang membantu mendaftar talian telefon bimbit yang boleh digunakan lintah darat dalam menjalankan perniagaan haram.



Baki 68 orang dipercayai membuka akaun bank dan memberikan kad ATM, nombor pengenalan peribadi dan token perbankan Internet mereka kepada pemiutang tidak berlesen bagi mengendalikan operasi mereka.



Siasatan terhadap semua suspek sedang dijalankan, lapor akhbar dalam talian The New Paper.



Mereka yang didapati bersalah membantu perniagaan pinjaman wang tidak berlesen boleh dihukum penjara hingga empat tahun, denda antara $30,000 dan $300,000, dan sebat hingga enam kali.



Sesiapa didapati bersalah melakukan atau cuba melakukan sebarang perbuatan gangguan bagi pihak pemiutang wang tidak berlesen boleh didenda antara $5,000 dan $50,000, dipenjara hingga lima tahun, dan disebat tiga hingga enam kali.



Sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat kontak palsu untuk mendapatkan pinjaman daripada pemiutang tidak berlesen boleh dipenjara hingga 12 bulan.



Polis berkata ia akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam perniagaan pinjaman wang tidak berlesen, tidak kira apa peranan mereka, dan memastikan bahawa mereka menghadapi hukuman penuh undang-undang.



Ia menambah ini termasuk mengambil tindakan terhadap semua yang membuka atau memberi akaun bank mereka untuk membantu operasi peminjam wang tidak berlesen.



Orang awam boleh menghubungi polis di 999 atau talian X-Ah Long di 1800-924-5664 sekiranya mengesyaki atau mengenali sesiapa yang mungkin terlibat dalam kegiatan pinjaman wang tidak berlesen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >