Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 3 tahun antara 7 dibawa ke hospital ekoran nahas di Marine Parade

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



SEORANG anak kecil berusia tiga tahun antara enam penumpang bas yang dibawa ke hospital selepas dua bas SBS Transit, kereta dan seorang pejalan kaki terlibat dalam satu kemalangan di Marine Parade Road menghala ke arah Bedok South Avenue 1.



Polis berkata mereka dimaklumkan tentang kejadian itu pada petang Sabtu lalu, lapor The Straits Times (ST).



Mereka menambah bahawa enam penumpang yang berusia antara tiga dengan 73 tahun itu masih sedar ketika dibawa ke hospital.



Kelmarin, SCDF berkata empat orang telah dibawa ke Hospital Tan Tock Seng, dua dibawa ke Hospital Besar Changi dan satu lagi dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).



Satu lagi individu yang dirawat di tempat kejadian mengalami kecederaan ringan dan tidak ingin dibawa ke hospital, kata SCDF.



Siasatan polis masih dijalankan.



Sebagai tindak balas kepada pertanyaan ST, naib presiden (gred khas) SBS Transit bagi pengalaman pelanggan dan komunikasi, Cik Grace Wu, berkata:



"Seorang pejalan kaki yang tiba-tiba melangkah ke jalan raya dan enam penumpang lain yang berada dalam bas kami cedera.



"Kedua-dua kapten bas segera merawat mereka dan bantuan perubatan telah dikerahkan."



Beliau menambah bahawa syarikat itu telah menghubungi empat penumpang yang cedera, dan masih cuba menghubungi yang lain untuk menawarkan bantuan jika diperlukan.



SBS Transit sedang membantu polis dalam siasatan mereka, tambah Cik Wu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >