Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budaya, tradisi dan warisan Masjid Khalid 'baru' akan dikekalkan

Jan 14, 2023 | 05:30 AM



MESKIPUN bangunan baru, budaya, tradisi dan warisan Masjid Khalid diamalkan sejak kian lamanya akan terus dikekalkan.



Bagi pengerusi Encik Allaudin Mohamad, masjid di Joo Chiat Road yang baru dinaik taraf itu merupakan satu impian besar yang akhirnya terkabul.



Menurutnya apabila masjid berusia 105 tahun itu membuka dewan solat dan bangunan barunya kepada jemaah buat pertama kali Rabu lalu sewaktu solat Zuhur beliau akhirnya dapat "menepuk bahu setiap anggota dan relawan masjid" apabila melihat masjid itu berubah dari masjid kampung kepada bangunan moden dan mesra pengguna "demi masyarakat oleh masyarakat".



"Ini benar-benar satu impian bagi saya sejak dua dekad lalu, dan juga bagi penduduk dan jemaah yang kerap datang ke sini. Akhirnya ia terkabul," katanya.



"Sejak dulu saya lihat masjid ini, terletak khas dekat kawasan yang dikunjungi ramai orang kita - iaitu dekat Geylang dan Haig Road - bagaimana ia dapat memanfaatkan masyarakat dan dijadikan lebih selesa bagi urusan kemasyarakatan dan ibadah," katanya.



"Namun apa yang sangat istimewa tentang masjid ini adalah meskipun ia bangunan baru, ciri-ciri warisan dan budayanya yang telah diamalkan sejak kian lama, akan terus dikekalkan," kata Encik Allaudin lagi, juga seorang peniaga.



Masjid Khalid dibuka kepada jemaah sejak Rabu lalu dan diwakafkan secara rasmi oleh Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir sebelum solat Jumaat berjemaah semalam.



Berbanding bangunan dahulu yang berupaya menampung sehingga 1,000 jemaah, Masjid Khalid kini berupaya menampung sehingga 1,750 jemaah.



Encik Allaudin berkata Masjid Khalid akan terus mengamalkan budaya terkenalnya iaitu menyediakan masakan beriani dam bagi acara-acara tertentu.



Ini termasuk sesi berbuka puasa di bulan Ramadan, acara ziarah masjid bagi golongan bangsa dan agama lain serta ahli akar umbi menjalin hubungan pelbagai kaum sesama masyarakat serta usaha mendidik mereka tentang Islam.



Tradisi menyediakan beriani dam dimulakan oleh imam pertama masjid itu, Allahyarham Syeikh Osman Syaikh Omar AlGanus - seorang bangsa Arab dari Palembang, Indonesia.



Masakan itu turut disediakan bagi usaha pengumpulan dana tahunan masjid itu Briyani Amal Cabaran Presiden.



Program-program lain seperti kerjasama bersama badan masyarakat lain turut dikekalkan, termasuk usaha membimbing pesalah dan kerja amal bagi membantu golongan yang memerlukan.



Kerja naik taraf Masjid Khalid dilancarkan Presiden Halimah Yacob pada Julai 2019.



Ia satu projek bernilai $7.5 juta yang disokong derma masyarakat serta sumbangan $1 juta oleh Dana Pembinaan Masjid dan Mendaki.



Antara ciri utama baru masjid itu adalah dewan iktikaf asalnya yang ditambah lagi satu lantai ruang iktikaf di atasnya.



Ia juga dilengkapi sistem hawa dingin.



Di sebelah dewan iktikaf adalah sebuah bangunan Annex empat tingkat yang menawarkan ruang acara dan auditorium serta enam bilik darjah serba guna.



Ia turut dilengkap ciri mesra pengguna warga emas dan kurang upaya, dengan sebuah lif serta laluan tanpa hambatan dan tandas mesra pengguna kerusi roda turut disediakan.



Encik Allaudin berkata masjid itu sudah siap 98 peratus - hanya tinggal beberapa kerja mengemas dan menanam pohon di bumbung terbuka di bangunan barunya.



Menyentuh tentang perancangan kerja naik taraf masjid itu, beliau berkata pihaknya telah memikirkan tentang sekitar 20 peratus jemaah warga emas yang kerap berkunjung ke masjid.



"Pada masa yang sama kami juga fikirkan tentang golongan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke madrasah setiap Sabtu atau menghadiri kelas dewasa pada hari Ahad yang mahu tempat beribadah selesa sebelum atau sesudah membeli-belah di kawasan ini sambil menunggu ahli keluarga mereka tamat kelas.



"Jadi ia umpama satu kebiasaan bagi jemaah di sini datang untuk mendirikan solat ketika menguruskan hal-hal itu, dan kami ingin memudahkan urusan mereka," katanya.



Encik Allaudin menambah pihaknya sedang meneroka cara memudahkan perkhidmatan bantuan seharian serta mendekati masyarakat dengan lebih kerap.



"Ini benar-benar sebuah masjid dibina dan dimeriahkan oleh masyarakat demi masyarakat," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >