Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buka semula sempadan demi pulih semangat kekeluargaan juga

Keputusan M'sia tarik balik kebanyakan sekatan Covid-19 bukan untuk pulihkan ekonomi saja
Apr 05, 2022 | 05:30 AM



KETIBAAN bulan suci Ramadan tahun ini membawa pengertian amat bermakna dan disambut penuh kesyukuran.



Sejak 2020, akibat pandemik Covid 19, suasana Ramadan suram dan sugul penuh cabaran. Kita diuji dengan pelbagai kesulitan dan halangan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran sebelum ini.



Solat tarawih berjemaah di masjid dihadkan pada lima orang. Majlis iftar dilarang. Tapak bazar Ramadan yang biasanya meriah dengan pelbagai juadah buka puasa sunyi sepi. Peniaga musiman yang mengharapkan rezeki bulan Ramadan menggigit jari.



Pergerakan rentas negeri dilarang. Ramai orang terpaksa memendam perasaan, berlinangan air mata tidak dapat menziarah orang tua dan keluarga di kampung.



Inilah halangan yang paling sukar diterima rakyat Malaysia sejak dua Ramadan lalu.



Sebahagian besar penduduk Kuala Lumpur dan bandar besar di Malaysia tinggal berjauhan daripada orang tua mereka.



Jarak yang memisahkan mereka dengan keluarga di kampung sekitar 300 hingga 400 kilometer.



Dalam kesesakan jalan raya menjelang Syawal, perjalanan itu boleh memakan masa hingga lapan jam. Ramai hanya mampu bertemu orang tua dua atau tiga kali setahun sahaja.



Tidak hairanlah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika semasa pandemik itu sedang memuncak, ada orang mengambil risiko mencari 'jalan tikus', melanggar perintah untuk pulang ke kampung dan bertemu orang tua semasa Ramadan dan Hari Raya.



Keadaan ini mungkin sukar difahami masyarakat Singapura yang tinggal berdekatan ibu bapa.



Oleh itu, minggu lalu saya terkejut dan terkilan mendengar keluhan seorang sahabat di Singapura yang mengaku sukar menziarahi orang tua walaupun sekali sebulan.



"Mak aku tinggal di Sembawanglah. Aku tinggal di Tampines. Jauh kan?" katanya selamba.



Jarak antara Sembawang dan Tampines hanya 27 kilometer. Kalau memandu hanya sekitar 45 minit. Dengan MRT mungkin sejam lebih sedikit.



Apakah jarak yang dekat membuat kita mengambil mudah hubungan keluarga?



Mungkin bagi mereka yang tidak pernah tinggal di perantauan atau bermusafir jauh dari keluarga, pandemik Covid 19 membawa satu hikmah untuk menguji hubungan kekeluargaan.



Larangan dan peraturan ketat untuk bertemu keluarga semasa sambutan Hari Raya dua tahun berturut-turut adalah satu pengalaman pahit berharga.



Keputusan kerajaan Malaysia membuka semula sempadan negara pada 1 April lalu, hanya dua hari sebelum ketibaan Ramadan, bukan setakat langkah memulihkan ekonomi yang tenat ditimpa pandemik.



Ia juga bertujuan meningkatkan semangat kekeluargaan yang terjejas akibat perpisahan sepanjang dua Ramadan lalu.



Malah, sebaik saja pandemik Covid-19 kelihatan mula terkawal akhir tahun lalu, salah satu janji yang sering diulangi kerajaan Malaysia ialah mereka tidak akan memerintahkan lagi kawalan pergerakan serata negara melibatkan penutupan sempadan negeri.



Ini adalah satu isyarat jelas bahawa setelah mengharungi masa sukar dan pengorbanan getir, sudah tiba masanya negara kembali pulih merawat luka.



Solat tarawih di masjid sudah tidak perlu dikenakan jarak sosial atau had jumlah jemaah. Bazar Ramadan jalanan sudah dibuka semula. Bazar sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam sudah mula sesak sejak seminggu lalu.



Namun, bayangan hitam pandemik Covid-19 masih kelihatan menghantui masyarakat.



Setiap hari, jumlah yang dijangkiti sekitar 15,000 orang, dengan jumlah korban 45 .



Oleh kerana itu, peraturan memakai pelitup masih wajib di khalayak ramai.



Ia adalah satu peringatan bahawa virus itu masih berjangkit dan berbahaya walaupun dalam suasana kita ghairah menyambut Ramadan dan Syawal nanti.




  • Penulis mantan wartawan Berita Harian dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau penulis tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >