Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bukan satu kemestian, tapi prasekolah terus digalak laksana pembelajaran luar bilik darjah

174 prasekolah terima dana sokong pembelajaran luar bilik darjah
Jul 05, 2023 | 07:28 PM



Meskipun prasekolah tidak diwajibkan menyepadukan pembelajaran luar bilik darjah dengan kurikulum pelajarnya, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah meningkatkan penekanan terhadap perkara tersebut dalam rangka kerja kurikulumnya pada 2022 dan 2023.

Ini agar prasekolah boleh merancang bagi pengalaman pembelajaran luar bilik darjah bagi pelajar mereka merentasi pelbagai bidang dan bukan hanya tertumpu pada pembangunan fizikal.

Bahkan, sebanyak 174 prasekolah telah menerima dana untuk menyokong pelaksanaan rancangan pembelajaran luar bilik darjah mereka, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, di Parlimen pada Rabu.

“Panduan nasional mengenai pembelajaran luar bilik darjah dibangunkan untuk menyediakan para pendidik dengan prinsip panduan dan cadangan praktikal untuk meningkatkan pembelajaran kanak-kanak di luar.

“Memandangkan panduan itu bertujuan menjadi sumber bagi pendidik, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) tidak mewajibkan prasekolah untuk melaksanakan cadangannya mahupun menyemak pelaksanaannya,” kata Cik Sun.

Sebaliknya, usulan itu telah dimasukkan ke dalam Program Latihan Pembelajaran Luar Bilik Darjah ECDA bagi prasekolah.

Hampir 2,500 pendidik dan ketua pusat telah mengambil bahagian dalam kursus latihan dan sesi perkongsian bersama rakan sekerja, dengan ramai daripada mereka mengatakan kursus sedemikian menyumbang kepada peningkatan keyakinan mereka dalam merancang dan melaksanakan pengalaman pembelajaran luar bilik darjah bagi pelajar.

Cik Sun telah menjawab soalan yang diajukan Cik Carrie Tan (GRC Nee Soon) berkaitan pembelajaran di luar bilik darjah serta cabaran yang timbul daripada melaksanakannya.

Cik Sun berkata antara cabaran yang dihadapi prasekolah dalam melaksanakan pembelajaran luar bilik darjah ialah keselamatan kanak-kanak di kawasan yang terdedah serta memperuntukkan masa bagi aktiviti luar bilik darjah.

“Satu lagi cabaran ialah sesetengah prasekolah tidak mempunyai kawasan yang selamat dan mudah diakses bagi pembelajaran luar bilik darjah.

“Sejak 2017, ECDA telah mengemas kini spesifikasi reka bentuk untuk memastikan prasekolah baru yang dibina dalam estet flat Bina Ikut Tempahan (BTO) Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) mempunyai akses mudah dan selamat ke ruang luar,” kata Cik Sun.

Dalam soalan susulannya, Cik Tan bertanya sama ada terdapat rancangan untuk mendidik ibu bapa tentang kelebihan kurikulum luar bilik darjah.

Cik Tan juga bertanya sama ada lebih banyak kawasan semula jadi akan dikekalkan agar kanak-kanak boleh mempelajari tentang alam semula jadi dan ekosistem, misalnya.

“Ibu bapa merupakan rakan kongsi yang sangat penting dalam proses ini. Prasekolah sering memberi kemas kini kepada ibu bapa tentang aktiviti yang dilakukan anak mereka.

“Guru dan ibu bapa juga kerap berjumpa agar mereka tahu tentang kurikulum yang dikemas kini,” jelas Cik Sun.

Beliau juga berkata bahawa dalam memastikan taman semula jadi dapat digabungkan ke dalam estet, terdapat keperluan bekerjasama dengan majlis bandaran dan rangkaian penduduk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >