Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Bukti kemampuan walau lambat masuk poly, kini penolong jurutera

Acara konvokesyen melihat kemuncak kerja keras seorang pelajar dan menandakan titik akhir bagi ramai pelajar. Pada masa yang sama ia juga merupakan masa bagi pelajar-pelajar ini meraikan pencapaian mereka sepanjang perjalanan pengajian mereka. Baru-baru ini, BERITA HARIAN berpeluang mewawancara beberapa anak muda yang telah menamatkan pengajian mereka di politeknik dan mengimbas kembali pencapaian mereka sepanjang tiga tahun.
May 10, 2022 | 05:30 AM



MENJALANI Perkhidmatan Negara (NS) sebelum memasuki Politeknik Republic, Encik Muhammad Khairi Abdul Talib, pada mulanya bimbang tidak dapat menunjukkan prestasi yang sama dengan rakan sekelasnya yang lebih muda.



Menyahut cabaran untuk melanjutkan pelajaran, Encik Khairi memutuskan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma dalam Sistem & Pengurusan Kejuruteraan pada usia 23 tahun.



Menamatkan pengajiannya di Politknik Republik (RP) baru-baru ini, anak muda berusia 25 tahun itu tidak menoleh ke belakang dan berharap dapat terus belajar dan memperbaiki diri dalam masa akan datang.



Namun, pilihannnya untuk menempuh laluan yang lebih panjang dalam perjalanan pendidikannya itu tetap punya cabarannya.



Antaranya termasuk menyesuaikan diri semula dengan sekolah dan mempelajari bidang baru yang beliau belum pernah ceburi.



"Setelah dua tahun tidak belajar selepas NS, saya rasa amat berat sebenarnya kerana takut tidak dapat menyerap informasi seperti dulu lagi. Pada masa yang sama bidang yang saya ingin ceburi berbeza sedikit daripada kursus kejuruteraan yang saya pernah pelajari.



"Mungkin asas kejuruteraan itu sama tetapi saya tahu bidang industri yang saya akan ceburi ini agak luas dan banyak yang saya harus pelajari.



"Saya hanya dapat berfikir bagaimana saya harus menyesuaikan diri dengan cepat apabila memulakan pengajian saya supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran," kata Encik Khairi.



Sebelum ini, beliau telah menceburi bidang teknologi pembuatan perubatan dan teknologi luar pesisir marin di Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Namun, Encik Khairi menganggap cabaran ini sebagai peluang baginya untuk memupuk minat dalam sesuatu yang baru.



Mempelajari tentang industri pengangkutan awam tempatan dalam salah satu modulnya, Encik Khairi berkata beliau sedar akan kepentingan khidmat yang beliau akan tawarkan kepada masyarakat.



Ini terutamanya apabila orang ramai kini lebih mesra dengan menggunakan pengangkutan awam di sini.



Berpeluang untuk menjalani latihan amali bersama SBS Transit Rail pada penggal terakhirnya, Presiden Kelab Sekolah Kejuruteraan RP berkata ia hanya menambah minatnya dalam industri ini.



"Ketika menjalani latihan amali itu, saya dikerahkan ke pasukan pengurusan kemudahan.



"Di sana saya ditugaskan melakukan projek bersama kakitangan lain meninjau tentang bagaimana kita dapat terus memperbaiki khidmat yang di tawarkan kepada penumpang supaya perjalanan mereka ke mana-mana dapat berjalan dengan lancar.



"Daripada pengalaman itu juga saya dapat tahu masih banyak yang perlu dipelajari dalam industri ini," jelas beliau yang juga merupakan Penolong Pengarah Kebajikan untuk Kelab RP iMechE.



Sikap ghairah dan azamnya untuk mencapai matlamat yang tinggi dalam pekerjaannya membawa ganjaran, beliau berjaya mendapat pekerjaan sepenuh masa sebagai penolong jurutera dengan pasukan pengurusan kemudahan di laluan North East (NEL).



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Encik Khairi berkata beliau mungkin tidak dapat mencapai kecemerlangan tanpa sokongan dan dorongan daripada rakan-rakan dan guru-gurunya.



"Saya berharap ini menjadi pendorong bagi orang ramai bahawa tidak pernah terlambat untuk sesiapa teruskan pengajiannya.



"Yang penting adalah usaha dan sokongan yang anda dapat daripada orang yang tersayang," ujar anak bongsu daripada tiga beradik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >