Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku bersiri cerita Geylang Serai diterbitkan sempena Bulan Bahasa

Sep 27, 2021 | 05:30 AM



SEMPENA Bulan Bahasa 2021, Wisma Geylang Serai telah menerbitkan buku bersiri bersama Persatuan Seni-Budaya Kreatif Melayu (CMAC) yang mengandungi cerita bersejarah Geylang Serai.



Terdapat lima buku dalam siri ini dan pelancaran buku pertama dalam siri buku projek Cerita di Geylang Serai, diadakan semalam di Wisma Geylang Serai.



Acara itu dirasmikan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Menteri Kedua Pendidikan dan Menteri Kedua Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman.



Bertajuk Geylang Serai - Dalam Terowong Masa, buku pertama siri itu ditulis oleh penulis mapan, Cik Rasiah Halil,



Buku itu ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, setebal 120 muka surat, agar ia dapat dibaca dan dihayati oleh semua orang, tidak kira bangsa.



Bercakap dalam acara pelancaran itu, Dr Maliki, yang juga pengerusi Jalur Budaya Geylang Serai memuji usaha tersebut kerana matlamatnya mendokumentasikan cerita-cerita di Geylang Serai agar kawasan tersebut terus segar dalam ingatan masyarakat.



"Saya juga harap dengan usaha murni seperti ini, masyarakat akan dapat mengenang dan menghargai sejarah dan kita dapat sama-sama menghidupkan Geylang Serai.



"Saya juga ingin Geylang Serai terus menjadi kebanggaan masyarakat Melayu Islam di tengah-tengah pembangunan masyarakat dan negara."



Ditemui Berita Harian (BH), Cik Rasiah berkata beliau telah mengambil sekitar dua bulan untuk menghabiskan buku tersebut.



"Untuk menulis buku ini, saya telah melakukan banyak kajian tersendiri kerana terdapat banyak perkara juga yang tidak dapat diperolehi menerusi bahan-bahan sedia ada.



"Saya telah membaca banyak buku-buku, dan juga menerusi sumber sendiri dan berunding dengan beberapa orang untuk kajian buku ini.



"Buku pertama ini dalam bentuk cerita, senang dibaca dan menghiburkan. Itulah salah satu tujuan buku ini, supaya ia dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.



Cik Rasiah menambah: "Khas untuk golongan muda, bahasa yang digunakan dalam buku ini juga senang difahami dan bagi pembaca yang lebih mapan, saya harap buku ini dapat menimbulkan nostalgia dan membawa pembaca kembali ke masa dahulu," kata beliau, yang telah lebih 45 tahun menghasilkan karya sajak, puisi, esei dan cerpen.



Sebanyak 500 naskhah buku pertama ini telah dicetak dan akan diedarkan kepada agensi-agensi tertentu termasuk pelbagai agensi pemerintah dan Perpustakaan Negara pada November nanti.



Projek Cerita di Geylang Serai bertujuan mendokumentasikan pembangunan Geylang Serai, dari sebuah kawasan ladang pada abad ke-19 hinggalah sebagai mercu tanda masyarakat Melayu sekarang.



Setiap buku mempunyai tema yang berbeza. Bagi buku pertama ini, ia akan meneroka tahun-tahun pembentukan dan perkembangan Geylang Serai.



Projek buku lima siri ini disasarkan untuk selesai pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >