Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Bahasa 2019 bertema baru, penganjur tekad terus galak guna Bahasa Melayu

Feb 21, 2019 | 09:46 PM



BULAN Bahasa, tahun ini,  akan menampilkan tema baru - Cita. Citra. Cinta. Bahasa Kita. - umum pengerusi jawatankuasa kempen itu, Cik Rahayu Mahzam.



Tema baru itu menggantikan tema lama - Ilmu, Budaya dan Mesra - yang telah digunakan sejak 2013.



Tema baru itu mencermin objektif menjadikan bahasa Melayu kekal relevan dalam kehidupan, menerapkan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam pelbagai corak kehidupan negara sebagai citra masyarakat, dan menyemai rasa cinta dalam bahasa, sastera dan budaya Melayu.



"Ia melambangkan aspek penting dalam kehidupan sesuatu masyarakat itu.Yang pertama kita mengharap adanya visi dan misi ataupun aspirasi bersama untuk maju dan mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu dan juga citra, kerana ia melambangkan suatu imej ataupun sesuatu yang ingin kita paparkan kepada masyarakat luar dan ini adalah sesuatu yang kita rasa ada  kepelbagaian dalam bahasa Melayu sebenarnya.



"Kita ingin juga mendakap semua kepelbagaian ini dan menggalak kelainan dan kesegaran dalam acara yang dilakukan. Akhir sekali ialah cinta. Yang penting adalah akar dan juga rasa cinta kepada bahasa dan budaya. Itu juga kita mahu pahatkan dan kuatkan," kata Cik Rahayu semasa ditemui wartawan di akhir sesi taklimat  bagi mengumumkan tema itu di Muzium Negara Singapura tadi.



Bulan Bahasa 2019, yang bakal berlangsung dari 17 Ogos hingga 13 Oktober, akan dilancarkan secara rasmi di Muzium Tamadun Asia (ACM) pada 7 September ini. 



Rakan kerjasama, seperti sekolah kumpulan seni tempatan dan kelab masyarakat, boleh mendapatkan sokongan dana daripada pelbagai badan dalam menganjurkan kegiatan dan program sempena Bulan Bahasa.



Ini termasuk daripada Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu, Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew, dan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional.



Setiap program atau kegiatan yang dianjurkan hanya boleh menerima sokongan dana daripada satu badan saja dan tarikh tutup bagi menghantarkan cadangan program ialah pada 21 Mac ini




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >