Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Burger halal penjaja S’pura ‘tampil’ di Times Square, New York

Nov 23, 2023 | 05:58 PM



Melihat sajian perniagaan makanannya terpampang di papan iklan ikonik di Times Square, New York, merupakan kenangan sukar dilupakan buat penjaja Singapura, Encik Raimy Tan.

Itulah reaksi Encik Raimy Tan, pemilik bersama Brostern, apabila melihat sajiannya terpampang megah di papan iklan ikonik Menara Nasdaq.

Sajian gerainya, yang menghidangkan makanan barat di Pusat Penjaja Ci Yuan di Hougang, baru-baru ini dipaparkan di sana sebagai sebahagian daripada usaha syarikat Grab untuk memperkenalkan sajian makanan penjaja Asia Tenggara kepada pengunjung Amerika Utara.

Dalam satu kenyataan media pada 20 November, Grab menyatakan sebanyak 53 penjaja dari Asia Tenggara diketengahkan pada papan iklan Menara Nasdaq dari 13 hingga 20 November.

Kenyataan itu menambah, iklan tersebut antara lain memaparkan sajian seperti nasi lemak ayam goreng dari Malaysia, nasi campur dari Indonesia dan banh mi dari Vietnam.

Brostern merupakan antara penjaja yang membuat penampilan bagi Singapura pada papan iklan itu.

Encik Raimy Tan, 31 tahun, berkata: “Ini merupakan satu kenangan bagi kami dan ia diharap dapat meneruskan legasi penjaja di Singapura.”

Beliau menambah lebih daripada hanya memacu legasi penjaja, ia menjadi penyuntik semangat keusahawanan dalam penglibatan sebagai penjaja di Singapura.







Ini lebih-lebih lagi bagi penjaja muda yang ingin melibatkan diri dalam industri tersebut, katanya.

“Tidak semua dapat peluang untuk diketengahkan pada papan iklan ikonik dan ia sedikit sebanyak mengiktiraf usaha kami selama ini.

“Di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi dan keadaan sukar bagi para penjaja secara umumnya, (penampilan di papan iklan) ini bak penyuluh sinar harapan bagi kami,” tambah Encik Raimy.

Di samping itu, beliau berharap pencapaian ini menjadi penyuluh jalan bagi golongan muda memandang serius bidang penjajaan kerana terdapat pola pemikiran masyarakat umum yang melihat golongan muda tidak begitu serius terhadap bidang itu.

“Kita harus ubah tanggapan terhadap penjaja muda (yang berniaga),” ujarnya.

Awal dari itu, Brostern pernah mendapat Anugerah Penjaja Baru Harapan (Promising New Hawker Award) dalam edisi ketiga Seminar Penjaja SG oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >