Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Burung kakak tua yang didera diselamatkan SPCA

Feb 22, 2023 | 05:30 AM



SEEKOR burung kakak tua yang dijentik paruhnya oleh seorang wanita dan disuap air liur dalam sebuah video yang telah tular, diselamatkan oleh Persatuan Cegah Kekejaman ke atas Binatang (SPCA) pada Ahad lalu.



Persatuan Burung Kakak Tua Singapura (Parrot Society Singapore) berkata dalam catatan Instagram pada malam Ahad bahawa burung kakak tua itu akan dibawa ke doktor haiwan pada hari berikutnya.



Jurucakap pertubuhan itu memberitahu akhbar The Straits Times bahawa burung nuri itu telah diselamatkan dengan bantuan sukarelawannya dan orang ramai yang tampil ke hadapan.



Persatuan Burung Kakak Tua Singapura ialah pertubuhan kebajikan haiwan tidak meraih keuntungan yang ditubuhkan pada 2022 oleh sekumpulan pemilik burung nuri yang berdedikasi.



Ia bertujuan untuk meningkatkan kebajikan burung kakak tua yang dipelihara di Singapura melalui pendidikan dan jangkauan, dan untuk menyediakan sistem yang mampan di mana burung kakak tua yang terbiar, diabaikan dan dianiaya boleh dibantu.



Dalam video yang mendapat banyak tarikan itu, seorang wanita merakamkan dirinya memarahi burung tersebut dan menjentik paruhnya beberapa kali. Kemudian, wanita itu menyuap air liurnya kepada burung itu.



Video itu sebelumnya ditular dalam satu laman kumpulan hilang dan ditemui di Facebook di mana wanita itu berkata dalam catatannya bahawa beliau telah menemui burung kakak tua itu.



Catatan asal itu telah diturunkan.



Menurut Persatuan Burung Kakak Tua Singapura, burung kakak tua itu adalah sejenis conure berpipi hijau yang berasal dari Amerika Selatan dan bukan Singapura, jadi ia berkemungkinan haiwan peliharaan yang telah melarikan diri.



Video itu mencetuskan kecaman dalam talian, dengan seorang netizen di Reddit menyifatkannya sebagai sesuatu yang "menjijikkan", dan seorang lagi mengatakan ia "sadis".



Burung kakak tua itu yang dinamakan Pumpkin oleh pertubuhan tersebut kini dijaga oleh sukarelawan, namun, mereka berharap ia dapat bertemu semula bersama pemiliknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >