Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CAAS, rakan antarabangsa tubuh pusat inovasi penerbangan baru

Oct 23, 2023 | 05:45 PM



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) sedang bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk menubuhkan Pusat Inovasi Penerbangan Antarabangsa demi mempromosikan pendekatan baru bagi kerjasama sektor awam-swasta.

Pusat itu akan mempunyai tiga ciri penentu.

Pertama, ia mempunyai orientasi antarabangsa, dengan tumpuan kepada rantau Asia-Pasifik.

Kedua, ia mengambil pendekatan merentas domain secara meluas untuk memacu inovasi dalam semua aspek utama penerbangan.

Ketiga, ia akan memupuk kerjasama antara pemerintah, industri dan institut penyelidikan untuk memacu pembangunan, pengerahan dan penggunaan teknologi penerbangan.

Mengumumkan demikian, Pemangku Menteri Pengangkutan, Encik Chee Hong Tat, berkata CAAS akan mendekati penguasa penerbangan awam lain, pembekal perkhidmatan navigasi udara (ANSP) serta pemimpin industri dari negara-negara lain untuk mengambil bahagian dalam pusat baru tersebut.

Encik Chee, yang menghadiri acara Air Navigation World 2023 – Prosedur Pengurusan Trafik Udara bagi Hari Ini, anjuran Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada Isnin, berkata terdapat keperluan untuk mengukuhkan keupayaan global untuk membangunkan dan mengguna pakai teknologi dengan lebih pantas dan kos efektif.

“Kami hanya boleh berbuat demikian dengan berkolaborasi, mengambil pendekatan silang disiplin dan mengubah cara kami bekerja merentas ANSP dengan sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata peningkatan dalam permintaan bagi penerbangan akan memerlukan pelaburan dalam infrastruktur penerbangan, tenaga kerja dan penambahbaikan proses.

Jumlah penumpang udara global dijangka melepasi paras sebelum Covid-19 pada 2024 dan menjelang 2040, jumlah penumpang dianggarkan meningkat seganda daripada empat bilion kepada lapan bilion.

“Pemerintah di seluruh dunia sedang meningkatkan keupayaan menampung permintaan yang bertambah, mendapatkan peluang bagi perniagaan dan rakyat serta mengelak daripada kelewatan dan kesesakan.

“Apabila kami membina keupayaan di darat, ini perlu juga dipadankan dengan usaha membina keupayaan di langit.

“Ini sebabnya kita perlu memberi tumpuan kepada pengurusan trafik udara,” ujar Encik Chee.

Namun, hari ini, pengurusan trafik udara adalah kurang optimum, tambahnya.

“Jika kita mampu membolehkan kapal terbang mengambil perjalanan yang lebih langsung dan pantas serta mengelak daripada kelewatan dan pelencongan, bukan sahaja penumpang mendapat manfaat dengan sampai ke destinasi mereka lebih cepat, malah syarikat penerbangan boleh menjimatkan kos operasi dan kita boleh mengurangkan penggunaan bahan api,” ulas beliau. – NUR FATHIN AWALLUDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >