Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cabaran media: Dasar tenaga kerja, pelaburan teknologi, inovasi kunci jaya SMT

Mar 15, 2022 | 05:30 AM



KEJAYAAN SPH Media Trust (SMT) sebagai sebuah institusi media yang utuh dan berkesan di masa depan, antara lain, akan bersandar kepada dasar tenaga kerjanya, pelaburan berterusan dalam teknologi bagi memberi sokongan kepada wartawan dan operasi berita, selain penggunaan data dan kecerdasan buatan yang lebih meluas, kata Zamil S R Nathan ke-11 Institut Pengajian Dasar (IPS), Encik Patrick Daniel, semalam.



Namun ini perlu selari dengan keupayaannya mempertingkat jualan langganan, bagi kedua-dua jualan korporat dan penjualan antarabangsa.



Ini kerana, pendapatan langganan mesti memberi sumbangan besar kepada pendapatan SMT.



"Lebih banyak tumpuan perlu diberikan kepada usaha memberi kepuasan kepada pelanggan," tekannya.



"Cabarannya adalah untuk merubah kemelesetan berpanjangan dalam pendapatan pengiklanan, kepada strategi baru yang memanfaatkan jangkauan penuh SMT 73 peratus (di sini) dengan menggunakan teknologi," tambahnya lagi di ceramah ke-3 IPS bertajuk "Membayangkan Masa Depan Yang Diharapkan untuk Singapura dan untuk Media Tempatan". (Envisioning Desired Futures for Singapore and for the Local Media).



Menyentuh dasar sumber tenaga SMT, mantan wartawan veteran itu berkata, tumpuan harus diberikan kepada pengambilan bakat dan mengekalkan mereka selain berhubungan dengan mereka secara berterusan.



Operasi media juga perlu didukung oleh inovasi.



"Di sinilah SMT akan dapat membuat lonjakan besar di mana pendanaan pemerintah mesti digunakan dengan sebaiknya," ujarnya.



Parlimen pada bulan lalu telah meluluskan sokongan pendanaan untuk SMT sebanyak $180 juta untuk Tahun Kewangan 2022 (FY22) bermula 1 April ini.



Pemerintah menyatakan ia akan memberikan pendanaan tahunan untuk tempoh lima tahun, jika sasaran tahun dicapai.



Bagi mencapai matlamat itu ujarnya, ahli lembaga pengarah SMT itu berkata, SMT akan berusaha mendapat sokongan meluas masyarakat dalam misinya menyediakan berita yang boleh dipercayai, dalam keempat-empat bahasa, sebagai satu khidmat masyarakat.



Di samping itu, SMT juga akan melakukan pelaburan bersasar dalam perniagaan berkaitan media bagi menjana saluran pendapatan baru bagi pendapatan masa depan.



"Melihat kepada sumber-sumber yang ada, saya yakin strategi SMT akan berjaya. Disebabkan itu saya percaya ia boleh dilakukan SMT untuk mencapai matlamat jangka sederhana untuk ia mandiri dari segi kewangan," katanya, sambil mengongsi bukti keyakinan ini bersandarkan kepada dapatan tinjauan bagi penggunaan Internet di sini semasa pandemik Covid-19.



Dapatan dari projek kajian panel yang dilakukan Sekolah Perhubungan dan Maklumat Wee Kim Wee, Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menunjukkan, 81 peratus yang ditinjau menyatakan mereka kekal menggunakan Internet untuk mengetahui berita mutakhir.



Selain itu, 43 peratus pula menyatakan mereka membaca berita tempatan dari Internet, sementara 28 peratus pula membaca naskhah berita tempatan.



Laporan Berita Digital 2021 yang dikeluarkan oleh Institut Reuters bagi Pengajian Kewartawanan pula menunjukkan dua jenama saluran berita utama di sini ialah CNA dan The Straits Times.



Memandang ke depan - pada tahun 2045 - Encik Daniel berkeyakinan wujudnya sejumlah besar khalayak berbahasa Inggeris dan Mandarin yang menikmati kandungan berita bermutu tinggi, baik dalam bentuk tulisan mahupun dalam bentuk audio-visual.



"Bagi Melayu dan Tamil, akan mempunyai khalayak yang setia tetapi lebih kecil," ujarnya.



"Untuk kandungan bagi topik tertentu, dari politik kepada makanan - juga mempunyai khalayak yang baik. Kandungan sebahagian besarnya akan disampaikan dalam bentuk digital. Kandungan secara cetak akan disampaikan secara akhbar elektronik (e-paper) menerusi tablet," katanya.



Dalam jangkaannya juga, akan terdapat lebih ramai pemain dalam penyampaian berita tempatan berbanding sebelumnya, selain pelbagai sumber berita lain di Internet.



Mengakhiri ceramahnya, Encik Daniel berkata, pada 2045 kelak "akhbar Melayu dan Tamil SMT, setelah membuat pelaburan dalam memperkukuh bilik berita, akan berada dalam kedudukan yang baik dan cergas, disokong sebahagiannya oleh penyumbangnya".



Rumusan beliau bagi masa depan SMT pula?



"Ia mandiri dari segi kewangan, sebuah kumpulan media yang maju di mana produknya dalam empat bahasa dipercayai oleh kedua-dua khalayak di Singapura dan serantau serta khalayak antarabangsa, yang kesemuanya membayar bagi menikmati kandungan premium."




UBAH KEMELESETAN BERPANJANGAN



"Lebih banyak tumpuan perlu diberikan kepada usaha memberi kepuasan kepada pelanggan. Cabarannya adalah untuk merubah kemelesetan berpanjangan dalam pendapatan pengiklanan, kepada strategi baru yang memanfaatkan jangkauan penuh SMT 73 peratus (di sini) dengan menggunakan teknologi



MANDIRI DARI SEGI KEWANGAN



"Melihat kepada sumber-sumber yang ada, saya yakin strategi SMT akan berjaya. Disebabkan itu saya percaya ia boleh dilakukan SMT untuk mencapai matlamat jangka sederhana untuk ia mandiri dari segi kewangan."
- Zamil S R Nathan ke-11 Institut Pengajian Dasar (IPS), Encik Patrick Daniel, semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >