Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAMADAN

Cahaya Ramadan sinari Marsiling

Apr 02, 2022 | 06:22 AM



ESTET Marsiling bermandi cahaya aneka warna, menghidupkan lagi suasana Ramadan dan Hari Raya penduduk. Hiasan lampu sepanjang lima kilometer dari Blok 19 Pasar Marsiling hingga Masjid An Nur itu merupakan penyalaan lampu paling gah di GRC Marsiling Yew-Tee itu.



Ia usaha bersama pertama Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling, Masjid An-Nur dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Marsiling. Penyalaan lampu itu dirasmikan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga penasihat akar umbi GRC tersebut, semalam.



Sebanyak 30 keluarga terlibat dalam program Reben Kuning menerima habuan Hari Raya acara perasmian di Kelab Masyarakat Marsiling itu. Habuan itu berupa badang keperluan seperti beras, mi segera dan makanan dalam tin. Ia sebahagian usaha kelab masyarakat itu mendekati golongan kurang bernasib baik melalui program Ramadan@Marsiling sepanjang Ramadan.



Antara usaha lain ialah pengagihan bubur kepada 1,200 keluarga setiap hujung minggu minggu dari esok hingga 1 Mei dan pengagihan habuan Hari Raya bagi lebih 500 keluarga kurang bernasib baik.



Dalam satu temu ramahnya bersama Berita Harian, Encik Zaqy berkata beliau berharap hiasan lampu Hari Raya itu dapat menyuntik kemeriahan dan menaikkan semangat masyarakat Melayu Islam yang merindukan suasana Ramadan dan Hari Raya sebelum pandemik.



"Saya harap kelonggaran sekatan semasa Ramadan ini akan membawa masyarakat kita lebih rapat lagi melalui ibadah yang akan diadakan di masjid. Penyalaan lampu Hari Raya di Marsiling ini diharap dapat menaikkan semangat masyarakat dan merupakan simbol yang menunjukkan daya tahan dan perpaduan penduduk di sini," katanya.



Hiasan itu diadakan kali pertama tahun lalu. Naib pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling, Encik Ricky Lim, berkata peniaga di kawasan itu telah membina persahabatan erat dan mereka ingin memeriahkan lagi sambutan tahun ini.



"Penyalaan lampu ini akan membuat estet kejiranan ini kelihatan lebih bersemangat, dan diharapkan merancakkan lagi perniagaan pusat penjaja dan juga pasar," katanya.



Naib pengerusi Masjid An-Nur, Encik Muhamad Azrin Abdullah, berkata pihak masjid berbesar hati dapat turut menyumbang kepada usaha itu. "Kami harap semua anggota masyarakat, tidak kira usia mahupun bangsa, boleh menikmati suasana ini," ujar beliau.



Bazar Utara dijangka diadakan semula



BAZAR Raya Utara dijangka kembali tahun ini di sebelah pusat beli-belah Causeway Point, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad. Ia dijangka dibuka sekitar dua minggu sebelum Hari Raya, tetapi pada saiz lebih kecil.



"Kami diberi pengesahan bahawa bazar Raya itu boleh dianjurkan, dan tender akan dikeluarkan tidak lama lagi. Diharapkan, bazar itu boleh dimulakan sekitar dua minggu sebelum Hari Raya," katanya dalam satu temu ramah bersama Berita Harian baru-baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >