Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Calon ada cukup masa untuk kemuka permohonan: ELD

Aug 16, 2023 | 12:38 PM



Terdapat cukup masa bagi bakal calon presiden mengemukakan permohonan mereka bagi sijil kelayakan dan bersedia untuk bertanding, kata Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Rabu.

Jabatan itu menyatakan bahawa permohonan bagi sijil kelayakan untuk pilihan raya presiden telah dibuka sejak 13 Jun, dengan borang boleh didapatkan di laman web ELD pada hari yang sama itu.

Ia juga telah menggalakkan bakal calon mengemukakan permohonan mereka lebih awal.

Kenyataan ELD dibuat setelah salah seorang bakal calon presiden, mantan ketua NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, 75 tahun, menyatakan apa yang dirasakannya sebagai tempoh masa yang singkat menjelang Pilihan Raya Presiden.

Menyedari bahawa hanya ada 10 hari antara Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi – tidak termasuk Hari Bertenang, apabila kempen dilarang – Encik Tan berkata pada Isnin ini tidak cukup untuk beliau menyampaikan mesejnya kepada pengundi.

Sehari sebelumnya, beliau telah menyiarkan dalam talian mengatakan bahawa Pilihan Raya Presiden “sangat tergesa-gesa”.

Secara berasingan, pasukan media bagi seorang lagi bakal calon presiden, Encik George Goh, 63 tahun, seorang usahawan, dalam maklum balasnya terhadap pengeluaran Writ menyatakan ia berharap keputusan Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden (PEC) mengenai kelayakan calon akan dibuat lebih awal dan bukan lebih dekat dengan tarikh akhir.

“Ini akan membantu calon-calon yang layak membuat persediaan dengan baik untuk berkempen,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ELD telah mengeluarkan peringatan bahawa penerbitan keputusan tinjauan pilihan raya, atau apa-apa kandungan yang dikaitkan dengan keputusan tinjauan pilihan raya, tidak dibenarkan semasa tempoh pilihan raya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, ELD berkata ia telah mendapati beberapa tinjauan dalam talian mengenai calon Presiden pilihan mereka.

“Kami sekali lagi ingin mengingatkan orang ramai bahawa penerbitan keputusan tinjauan pilihan raya, atau apa-apa kandungan yang dikaitkan dengan keputusan tinjauan pilihan raya, tidak dibenarkan semasa tempoh pilihan raya, iaitu daripada pengeluaran Writ Pilihan Raya pada 11 Ogos hingga penutupan pengundian pada Hari Mengundi pada 1 September,” tegas ELD.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >