Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Capai cita-cita niaga mikro di rumah dengan bantuan AMP

Sep 07, 2023 | 03:05 PM



Masalah kesihatan yang tidak mengizinkannya berdiri lama menyebabkan Cik Salbiah Said memutuskan untuk meninggalkan pekerjaan di sebuah restoran makanan segera dan memulakan perniagaan mikro di rumah, Sal Snacks.

“Usia dan kekurangan ilmu tidak menjadi penghalang bagi saya untuk memulakan perniagaan sendiri. Malah, saya menyertai Program Niaga Mikro AMP pada 2022 kerana ingin mempelajari cara menjalankan perniagaan dengan betul,” ujar Cik Salbiah, 48 tahun.

Antara aspek perniagaan yang dipelajarinya termasuk menggunakan alat reka bentuk dalam talian dan media sosial untuk memasarkan produknya supaya dapat memperluas jangkauan pelanggannya.

“Dahulu, saya hanya mengambil pesanan melalui WhatsApp dan kebanyakan pelanggan saya terdiri daripada tetangga, keluarga serta kawan-kawan yang rapat sahaja. Kini, dengan wadah Instagram, lebih ramai orang dapat mengetahui tentang produk saya.

“Salah satu produk terkenal saya ialah kuih layang-layang yang mempunyai pelbagai rasa menarik dan moden seperti Milo dan Nestum,” kata Cik Salbiah.

Mengenangkan pengalaman arwah ibu bapanya yang menjual makanan dan kuih Melayu tradisional, Cik Salbiah terpanggil untuk melanjutkan warisan keluarganya dengan sentuhan inovatif melalui Sal Snacks.

Beliau juga dapat meraih manfaat daripada Geran Modal AMP sebanyak $1,000, yang membolehkannya membeli peralatan baru, seperti mesin pengadun dan ketuhar, untuk mengambil lebih banyak pesanan.

Menurut satu kenyataan AMP pada 15 Ogos, Program Niaga Mikro AMP bertujuan menyokong individu daripada latar belakang yang kurang berkemampuan dan membantu mereka mencipta sumber pendapatan alternatif untuk keluarga mereka melalui perniagaan.

“Saya sangat berterima kasih kepada pihak AMP kerana program ini memberi peluang kepada saya mencapai cita-cita memulakan perniagaan sendiri walaupun bajet saya kecil pada mulanya,” kata Cik Salbiah.

Menurut beliau, program tersebut menjadi titik tolak yang penting dalam perjalanannya sebagai seorang peniaga yang baru kerana ia memberikan ilmu, panduan dan sokongan kepadanya.

Cik Salbiah menambah bahawa beliau sangat berbesar hati dan tidak pernah terbayang dapat membuka gerai bazar di Curbside Crafters dan Wisma Geylang Serai sewaktu bulan puasa pada April.

“Saya bercita-cita memiliki kedai sendiri dan memberikan peluang kepada orang lain menjual produk mereka di kedai saya tanpa perlu membayar sewa,” katanya lagi.

Cik Salbiah kini berhasrat menyumbang balik kepada masyarakat dan menggalakkan mereka yang menghadapi cabaran kewangan tetapi berminat memulakan perniagaan sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >