Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CapitaLand meterai perjanjian 6 tahun urus Kallang Wave Mall, Hab Sukan S’pura

Nov 10, 2023 | 05:08 PM



Capitaland Investment akan mengurus Kallang Wave Mall dan ruang runcit di Hab Sukan Singapura selama enam tahun bermula 1 April 2024 hingga 31 Mac 2030.

Pengendali sekarang, Stellar Alpha, telah mengurus ruang itu sejak Hab Sukan Singapura dibuka pada 2014, menurut Kallang Alive Sport Management (KASM) pada Jumaat.

CapitaLand juga akan memperkenalkan program ganjaran beli-belah CapitaStar dan eCapitaVoucher di Kallang Wave Mall, menurut laporan The Business Times.


Sebagai pengendali runcit baru, ia akan bekerjasama dengan KASM untuk menyemak rancangan bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah di sana, dengan menyusun semula ruang dan menyegarkan tawaran runcit yang ada.

Ketua pegawai eksekutif peruncitan dan ruang kerja CapitaLand Investment untuk Singapura dan Malaysia, Encik Chris Chong, berkata: “Kami berbesar hati bekerjasama dengan KASM untuk menyokong transformasi Hab (Sukan Singapura) dan kawasan Kallang yang lebih luas sebagai hab gaya hidup dan hiburan pilihan penduduk tempatan dan pelancong.”

KASM turut menyatakan: “Pelantikan CapitaLand sebagai pengendali runcit baru bagi Hab Sukan Singapura melengkapkan strategi ini dan menambah dimensi baru kepada pengalaman yang boleh dijangkakan oleh pelanggan.”

Hab Sukan Singapura terletak di tapak seluas 35 hektar di Kallang. Ia merangkumi pelbagai kemudahan sukan dan stadium, serta ruang komersial seluas 41,000 meter persegi di Kallang Wave Mall.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >