Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perpustakaan Hab Sukan ditutup 12 Nov

Sep 20, 2023 | 04:05 PM



Perpustakaan Hab Sukan di Kallang akan ditutup pada 12 November ini, dan sebahagian daripada koleksinya akan dipindahkan ke Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Tampines, lapor The Straits Times.


Hab Sukan berkata pada Selasa, bahan cetakan dan pembelajaran mengenai topik seperti sukan dan rekreasi, serta latihan dan bimbingan akan disediakan di Perpustakaan Tampines mulai Mac 2024, dengan 20,000 judul tersedia untuk pinjaman menjelang Oktober 2024.

Lebih daripada 15,000 bahan cetak dan elektronik akan disediakan untuk rujukan di Perpustakaan Negara menjelang 2024. Hab Sukan tidak menjelaskan jumlah keseluruhan bahan perpustakaannya, atau apa yang akan berlaku kepada bahan-bahan yang lain.

Hab Sukan menasihatkan pelanggan untuk memulangkan semua buku yang dipinjam ke perpustakaannya sebelum tarikh tamat pinjaman. Buku-buku tersebut tidak boleh dipulangkan di perpustakaan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) lain kerana sumber ini adalah milik Hab Sukan.

Menurut laman Hab Sukan, peminjaman sumber cetakan akan dihentikan pada 23 Oktober, manakala peminjaman e-sumber, seperti e-buku dan e-majalah, akan dihentikan pada 30 Oktober ini.

Hari terakhir untuk memulangkan semua buku dan e-sumber kepada perpustakaan itu ialah 11 November ini.

Menurut kenyataan di laman mereka, program dan aktiviti perpustakaan yang telah dijadualkan akan diteruskan seperti yang dirancang pada bulan Oktober.

Perpustakaan khusus sukan itu dibuka pada pertengahan 2014, sebahagian daripada pembukaan Hab Sukan yang lebih besar.

Hab Sukan juga berkata, ruang itu akan digunakan untuk kegiatan masyarakat dan acara sukan, hiburan dan gaya hidup utama.

Pada bulan Jun, library@esplanade – satu-satunya perpustakaan awam Singapura yang dikhususkan untuk seni persembahan juga ditutup dalam usaha untuk memusatkan sumber seni NLB di tengah-tengah Daerah Sivik.

Koleksi dan program-programnya akan dipindahkan ke Perpustakaan Negara, dan ruang itu akan ditukar oleh pihak Esplanade untuk menjadi ruang seni dan komersial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >