Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara buat NFT - token tidak mudah alih kini jadi kegilaan

NFT
Jul 28, 2022 | 07:31 AM



PENYANYI Madonna menjadi tajuk utama berita April lalu apabila beliau membeli token tidak mudah alih (NFT) Bored Ape Yacht Club (BAYC) unik dengan 180 ether, mata wang kripto bernilai AS$560,000 ($777,000) ketika itu.



NFT ialah aset digital yang wujud pada lejar dalam talian yang dipencar dan dipanggil 'blockchain'.



Apa yang Madonna beli ialah sebuah imej seekor beruk kartun.



Pada bulan seterusnya beliau bekerjasama dengan artis digital Michael Winkelmann untuk menerbitkan siri NFT sendiri yang berjudul 'Mother Of Creation'.



Ini adalah tiga video digital yang memaparkan beliau sebagai seorang wanita bogel yang melahirkan flora, fauna dan teknologi.



NFT semakin popular dalam tahun-tahun kebelakangan ini sebagai aset pelaburan, koleksi digital dan sebagai bukti bagi pemilikan objek dunia sebenar.



Pencipta kandungan, artis dan selebriti telah mengambil bahagian sejak kebelakangan ini.



Sekitar AS$25 bilion token telah dijual tahun lepas.



Encik Winkelmann, yang dikenali sebagai Beeple, juga telah mencipta NFT lain, termasuk satu yang telah dijual kepada pembeli berpangkalan di Singapura tahun lalu pada harga kira-kira AS$69 juta nilai ether ketika itu.



Di Singapura, pempengaruh Irene Zhao dilaporkan telah menjual lebih 1,100 NFT yang menunjukkan beliau bergaya dengan jumlah nilai sekitar $7.5 juta dalam mata wang kripto.



Bagaimana anda mencetak NFT, yang juga dikenali sebagai 'minting', dan menjualnya?



1) DAPATKAN DOMPET MATA WANG KRIPTO



Oleh kerana kebanyakan NFT dijual bagi mata wang kripto, pengguna yang ingin mencetak NFT harus terlebih dahulu mempunyai dompet mata wang kripto.



Dompet ini ialah peranti atau program yang menyimpan kata laluan yang memberi pemilik akses kepada mata wang kripto yang mereka miliki.



Dompet fizikal biasanya kelihatan seperti pemacu ibu jari USB, manakala dompet dalam talian wujud sebagai sofwe atau aplikasi.



Satu contoh dompet dalam talian ialah Metamask, yang boleh didapati sebagai kedua-dua sambungan laman web dan aplikasi.



Dompet ini membolehkan pengguna mengakses blockchain Ethereum, di mana majoriti NFT wujud, serta mata wang kripto asli mereka, Ether.



2) PILIH BLOCKCHAIN



Sebelum mencetak NFT, pengguna harus memilih blockchain untuk mencetak token tersebut.



OpenSea membolehkan pengguna memilih daripada beberapa rangkaian blokchain untuk mereka mencetak NFT.



Ethereum blockchain merupakan platform paling terkenal.



Platform dan aplikasi dalam talian lain yang boleh digunakan bagi mencetak NFT berbeza dalam blockchain di mana pengguna boleh mencetak token itu.



Sebagai contoh, pengguna NFT bagi 'marketplace' Solsea boleh mencetak NFT hanya di blockchain Solana, manakala pengguna NinjaFT boleh mencetak token hanya di Binance Smart Chain.



Pengguna juga boleh mencetak NFT secara langsung pada blockchain menggunakan program yang dikenali sebagai 'smart contracts'.



3) MENCETAKKAN NFT



Untuk mencetak NFT di OpenSea, pengguna harus terlebih dahulu menyambung dompet mata wang kripto mereka, seperti MetaMask, kepada platform.



Mereka kemudian memilih fail digital seperti imej, video, audio atau model 3D dimana NFT akan berasaskan.



Pengguna memuat naik fail yang dipilih ke platform atau aplikasi, dan mengisi butiran seperti nama dan huraian tentang NFT itu.



Langkah ini mewujudkan nft pada pelayan OpenSea, tetapi token belum lagi wujud di dalam blockchain Ethereum.



4) BAYAR YURAN 'GAS' ATAU GUNAKAN CETAKKAN SECARA MALAS (LAZY MINTING)



Dalam beberapa blockchain, seperti Ethereum, pencipta NFT mesti terlebih dahulu membayar yuran pentadbiran dalam mata wang kripto yang boleh diistilahkan "yuran gas" atau "yuran rangkaian" untuk token yang akan dimuat naik ke dalam blockchain.



Jumlah yuran berbeza antara blockchain dan boleh berubah bergantung pada pelbagai faktor seperti bilangan NFT yang dicetak pada masa itu.



Tetapi OpenSea juga membolehkan pengguna menghasilkan NFT di blockchain Ethereum tanpa memerlukan mereka membayar apa-apa yuran pentadbiran - langkah dikenali sebagai 'lazy minting'.



Sebaliknya, pembeli pertama NFT itu akan menanggung kos yuran pentadbiran. NFT hanya wujud di dalam pelayan platform sehingga ia dibeli dan akan kemudiannya dimuat naik ke dalam blockchain secara automatik.



5) SENARAIKAN NFT UNTUK DIJUAL



Apabila menyenaraikan NFT untuk dijual di OpenSea, pengguna boleh pilih antara dua jenis penjualan - pada harga tetap atau lelong yang ditetapkan masa.



Dalam lelong yang ditetapkan masa, NFT disenaraikan untuk dijual pada harga permulaan yang ditetapkan pemilik atau pencipta.



Mereka boleh pilih untuk menjual NFT kepada pembida tertinggi selepas tempoh masa yang ditetapkan, atau mempunyai harga permulaan menurun dari masa ke masa kepada jumlah minimum dan dijual kepada sesiapa sahaja yang sanggup membeli token itu pada bila-bila masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >