Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara NTUC perbarui kompak sosial dengan pekerja penting:Tharman

Ini termasuk labur dalam pekerja sepanjang hayat mereka, bekerja dengan pemimpin perniagaan dan pemerintah untuk masa depan S’pura
Aug 08, 2023 | 05:55 PM



Cara Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) memperbaharui kompak sosial dengan pekerjanya adalah penting demi masa depan yang mencabar, kata bakal calon presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Ini termasuk melabur dalam pekerja sepanjang hayat mereka, bekerja dengan pemimpin perniagaan dan pemerintah, katanya semasa berucap di Majlis Memperingati Hari Kebangsaan Gerakan Buruh di Bird Paradise di Mandai pada Selasa.

“Saya enggan berkata terlalu banyak, tapi biar saya katakan bahawa cara NTUC memperbaharui kompak sosial dengan pekerjanya adalah penting demi masa depan. Amat penting.

“Kerana masa depan akan menjadi lebih mencabar. Kita tidak perlu bercakap tentang apa yang berlaku antara Amerika Syarikat dengan China, atau masalah lain di serata dunia,” katanya.

Di majlis tersebut lebih 1,500 pemimpin kesatuan sekerja, rakan tiga pihak termasuk Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon, kakitangan NTUC dan anggota keluarga mereka berkumpul untuk sama-sama menjayakan acara tersebut.

Di acara itu, antara lain, hadirin menyanyikan lagu kebangsaan dan melafazkan ikrar, selain turut serta dalam kegiatan bertemakan Hari Kebangsaan seperti mendendangkan lagu-lagu Hari Kebangsaan selain turut serta dalam kuiz interaktif.

Dalam ucapannya itu, Encik Shanmugaratnam menambah bahawa teknologi sedang mengubah pekerjaan dan ini, katanya, akan menjadi cabaran besar, namun ia juga satu peluang utama kepada warga Singapura dalam tempoh 10 tahun.

“Kerana keutamaan paling penting gerakan buruh dan seluruh sistem Singapura adalah untuk melabur dalam pekerja kita sepanjang hayat mereka.

“Bukan sahaja semasa mereka di sekolah rendah, sekolah menengah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik, universiti. Sepanjang hayat mereka, melabur dalam setiap warga Singapura sepanjang hayat mereka – kemahiran dan keupayaan mereka.

“Ini agar mereka – tidak kira dalam lingkungan 30-an, 40-an atau 50-an tahun – boleh mempunyai pencapaian kedua, dan ketiga dalam kerjaya mereka,” katanya.

Sementara itu dalam ucapannya, Presiden NTUC, Cik Mary Liew, berkata tema Hari Kebangsaan 2023, ‘Maju Bersatu’, merangkumi intipati perpaduan, dan usaha tiga pihak kekal penting kepada gerakan buruh sedang NTUC terus memperjuangkan kepentingan dan kebajikan setiap pekerja di Singapura.

Setiausaha agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, pula melahirkan penghargaan kepada pemimpin kesatuan sekerja serta kakitangan di atas sumbangan mereka menaikkan gaji, kebajikan dan prospek kerja pekerja, selain rakan tiga pihak di atas sokongan berterusan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >