Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cara pengganas rekrut remaja lalui video dalam talian timbulkan prihatin

Feb 23, 2023 | 05:30 AM



LAPORAN mengenai kumpulan pengganas yang cuba merekrut golongan remaja melalui permainan video dalam talian telah menimbulkan kebimbangan di kalangan ibu bapa, penjaga dan belia sendiri.



Ini selepas dua remaja warga setempat ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berhubung kegiatan yang bersangkut-paut dengan pengganasan.



Penangkapan itu menunjukkan betapa pentingnya pendekatan yang lebih menyeluruh terutama sekali di kalangan institusi keluarga dalam mengekang golongan remaja daripada menjadi radikal, kata para pemerhati, pemimpin masyarakat dan asatizah.



Tanpa pemantauan rapi, anak-anak milenial lebih mudah terdedah dan terpengaruh dengan naratif dan diayah golongan ekstremis.



Permainan video yang boleh dimuat turun secara percuma seperti yang digunakan oleh remaja yang ditahan ISA itu seperti Roblox dan Discord memperlihatkan betapa mudah bagi golongan pengganas menyusup masuk.



Konteks permainan di alam maya itu menyerupai zon konflik fizikal ISIS, seperti yang ada di Syria dan wilayah Marawi di selatan Filipina.



Seperti kata Pengerusi Bersama Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), Ustaz Dr Mohamed Ali, terdapat keperluan untuk memahami evolusi permainan video alam maya dalam menolak ideologi pengganasan



Menurut Presiden Taman Bacaan, Encik Abdul Halim Kader, radikalisasi adalah satu proses yang sukar dikesan, tetapi kita boleh memerhatikan perubahan halus dengan bergaul rapat dengan remaja, malah kita semua mempunyai peranan dalam memastikan komuniti kita kekal selamat.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >