Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M³@Bedok

'CARE' jadi teras pelbagai program di M³@Bedok

Maliki: Fokus bukan sahaja bagi fahami keperluan dan keprihatinan penduduk dengan lebih mendalam, malah juga harapan mereka
Sep 23, 2019 | 05:30 AM



SEJAK dibentuk pada April lalu, M Kuasa Tiga (M³) di Bedok telah menumpukan sepenuhnya kepada usaha mendekati penduduk Melayu/Islam bagi memahami keperluan mahupun aspirasi mereka.



Bagi mencapai matlamat itu, hampir 350 keluarga telah didampingi bagi mendapatkan maklum balas mereka di bawah inisiatif Tinjauan Keluarga M³@Bedok.



Hasilnya, ia telah melahirkan berbagai kegiatan program seperti Fiesta Kesihatan 2019, yang memberi manfaat kepada penduduk Melayu/Islam di sembilan kawasan di bawah M³@Bedok - termasuk Siglap, Kaki Bukit, Changi, Simei, Bedok Reservoir, Chai Chee, Kembangan dan Eunos.



Malahan, 10 peratus daripada keluarga yang didekati itu telah dibantu menerusi skim-skim relevan.



Penasihat M³@Bedok yang juga Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman, berkata pendekatan diambil oleh M³@Bedok amat fokus kepada mendekati penduduk bukan sahaja bagi memahami keperluan dan keprihatinan mereka dengan lebih mendalam, malah juga harapan mereka.



"Sekumpulan sukarelawan kami dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Yayasan Mendaki, Muis dan masjid dari kesemua sembilan divisyen di bawah M³@Bedok telah menjalankan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas dan lebih memahami keperluan sosial serta kebajikan penduduk Melayu/Islam, khususnya yang tinggal di flat satu hingga tiga bilik.



"Ia dilakukan secara bersemuka dalam lawatan ke rumah agar kita dapat lebih memahami keprihatinan keluarga itu dan berhubungan dengan mereka secara peribadi," jelasnya.



Bagi menjalankan tugas dengan berkesan, program latihan khusus telah dihasilkan untuk sukarelawan agar dapat berinteraksi lebih berkesan dengan penduduk.



Lawatan rumah yang dimulakan sejak Mac lalu itu telah membolehkan hampir 350 keluarga didampingi.



"Menerusi lawatan rumah ini, sukarelawan dapat mengenal pasti perlunya ada pendidikan dan kesedaran lebih baik tentang gaya hidup sihat.



"Justeru kami anjurkan Fiesta Kesihatan pada April dan kami juga mendekati keluarga memerlukan menerusi acara kali pertama, Sentuhan Ramadan 2019, yang menghimpunkan penduduk berbagai kaum," terangnya.



Bagi tahun mendatang, Dr Maliki berkata usaha mendekati keluarga memerlukan yang belum pernah dikenal pasti menerusi lawatan rumah, akan dipergiatkan.



"Matlamatnya ialah mencari keluarga yang tidak didekati mana-mana agensi, mereka yang tidak 'dikenali' dan melihat bagaimana kita dapat terus membantu keluarga yang sudah dikenal pasti.



"Dengan lebih banyak maklumat dikumpul tentang keperluan penduduk, kami akan mengusahakan program bagi menangani keperluan nyata seperti penuaan aktif bagi warga emas.



"Hasil yang kami harapkan ialah agar tiada yang ketinggalan di belakang dan keluarga ini tahu bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan bantuan pada masa depan," jelas beliau.



Menjelaskan lebih lanjut, Pengerusi M³@Bedok yang juga Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Mohd Fahmi Aliman, berkata inisiatif dianjurkan bagi menangani tiga bidang utama - kesihatan, pendidikan dan persediaan bagi masa depan.



"Apa yang membezakan kami daripada bandar M³ lain ialah pendekatan yang kami ambil iaitu dengan menubuhkan kenalan, mengumpul data dan memetakan sumber untuk memperkenalkan program yang berkesan kepada masyarakat berdasarkan keperluan nyata.



"Kami dipandu oleh rangka kerja 'CARE' - iaitu pertama, fokus kepada usaha menghubungi penduduk dan rakan kerjasama; kedua, menganalisa data dikumpul; ketiga, pemetaan sumber bagi melihat bagaimana kami boleh memperbaiki program yang ada dan keempat, memastikan keberkesanan usaha mendampingi penduduk dan melakukan susulan," ujar beliau.



Encik Fahmi berharap dapat meneruskan tinjauan penduduk dan mendekati lebih ramai keluarga, khususnya mereka yang menetap di flat empat atau lima bilik dan estet privet.



"Kami sedang menganalisa data yang dikumpul sejauh ini. Kami kemudian akan menghasilkan program berdasarkan dapatannya nanti.



"Misalnya dalam dapatan awal, kami dapati penduduk Melayu berminat dalam program berkaitan gaya hidup sihat dan meningkatkan kemahiran.



"Jadi kami harap dapat menganjurkan satu lagi fiesta kesihatan awal tahun depan dan kegiatan yang memenuhi keperluan mereka," ujarnya.



Selain itu, satu program baru yang sedang dirancangkan adalah program bimbingan belia, kata Encik Fahmi.



Diberi nama 'Project Pathfinder', ia diharapkan dapat menjadi wadah bagi mendekati pelajar di ITE dan membimbing mereka membangunkan keupayaan kepimpinan dan keyakinan diri.




Sekumpulan sukarelawan kami dari Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC), Yayasan Mendaki, Muis dan masjid dari kesemua sembilan divisyen di bawah M³@Bedok telah menjalankan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas dan lebih memahami keperluan sosial serta kebajikan penduduk Melayu/Islam, khususnya yang tinggal di flat satu hingga tiga bilik... Dengan lebih banyak maklumat dikumpul tentang keperluan penduduk, kami akan mengusahakan program bagi menangani keperluan nyata seperti penuaan aktif bagi warga emas. Hasil yang kami harapkan ialah agar tiada yang ketinggalan di belakang dan keluarga ini tahu bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan bantuan pada masa depan.
- Penasihat M³@Bedok yang juga Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman.



" Apa yang membezakan kami daripada bandar M³ lain ialah pendekatan yang kami ambil iaitu dengan menubuhkan kenalan, mengumpul data dan memetakan sumber untuk memperkenalkan program yang berkesan kepada masyarakat berdasarkan keperluan nyata. Kami dipandu oleh rangka kerja 'CARE' - iaitu pertama, fokus kepada usaha menghubungi penduduk dan rakan kerjasama; kedua, menganalisa data dikumpul; ketiga, pemetaan sumber bagi melihat bagaimana kami boleh memperbaiki program yang ada dan keempat, memastikan keberkesanan usaha mendampingi penduduk dan melakukan susulan.
- Pengerusi M³@Bedok yang juga Timbalan Ketua Eksekutif Muis, Encik Mohd Fahmi Aliman.




KEGIATAN DI BAWAH M³@BEDOK



Sesi Latihan Sukarelawan



- Membina keupayaan sukarelawan dengan kemahiran penting



- Melibatkan sukarelawan daripada 9 MAEC, Yayasan Mendaki, Muis dan Masjid Al-Ansar, Al-Taqua dan Alkaff Kampung Melayu



- Kerjasama dengan Institut Kepimpinan Masyarakat Nasional (NACLI)



Tinjauan Keluarga M³@Bedok (MHS)



- Bermatlamat mengumpul maklum balas dan lebih faham keperluan dan keadaan penduduk Melayu/Islam



- Hasil tinjauan akan menjana program bersesuaian



- Hampir 350 keluarga sudah didekati; 10 peratus dirujuk kepada skim bantuan relevan seperti dengan pejabat khidmat sosial



- Bermula sejak Mac lalu



Fiesta Kesihatan 2019



- Lebih 400 penduduk Melayu/Islam sertai



- Menggalak gaya hidup sihat dan kesedaran mengenai makanan sihat



Sentuhan Ramadan 2019



- Hampir 400 penduduk Islam dan bukan Islam berbuka puasa bersama



- Habuan Hari Raya turut diberikan



Dialog Pasca Rapat Hari Kebangsaan



- Membincangkan isu dalam Rapat Hari Kebangsaan bersama penduduk Melayu



- Wadah berkongsi pandangan dan menjelaskan inisiatif pemerintah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >