Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Casa Raudha anjurkan golf amal kumpul dana bagi wanita dan kanak-kanak

Sep 13, 2019 | 04:15 PM



RUMAH tumpangan wanita Casa Raudha akan menganjurkan acara golf amal untuk mengumpul dana bagi benefisiarinya.



Ini merupakan kali pertama Casa Raudha menganjurkan golf amal untuk mengumpul dana.



Ia akan diadakan pada waktu tengahari, hari Selasa, 17 September 2019 di Warren Golf & Country Club, 81 Choa Chu Kang Way.



Casa Raudha mempunyai matlamat mengumpul sebanyak $150,000 melalui penyertaan acara golf amal secara kompetitif atau sumbangan secara langsung kepada badan kebajikan itu.



Dengan dana yang dikumpul itu, Casa Raudha ingin memberi sokongan kepada pihak-pihak yang menerima bantuan dari program serta perkhidmatan yang ditawar oleh Casa Raudha.



Tetamu Terhormat, Menteri Sekitaran dan Sumber Air dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dijadual hadir di acara itu.



Encik Abdul Rohim Sarip, Presiden Rumah Wanita Casa Raudha, berkata, "Kami berterima kasih kepada penaja kami atas sokongan mereka. Melalui dana yang diperoleh ini kami dapat lebih ramai wanita serta anak-anak mereka di Singapura yang - tidak kira bangsa - telah menjadi mangsa ketidakadilan atau keganasan rumah tangga.



Dana itu juga akan disalurkan untuk membantu lebih banyak wanita dan kanak-kanak yang memerlukan bantuan.



Melalui program-program mereka, sejak 2009, Casa Raudha telah memberi peluang kepada 1,063 penerima manfaat supaya mereka dapat membina semula kehidupan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >