Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Case keluarkan amaran ke atas firma ubah elok 99 Reno

Jul 31, 2021 | 05:30 AM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) telah mengeluarkan amaran terhadap syarikat ubah elok 99 Reno yang berpangkalan di French Road.



Case berkata ia telah menerima 30 aduan terhadap syarikat itu dari Julai 2020 hingga akhir Jun 2021.



Kebanyakan aduan itu dibuat oleh pelanggan yang telah membuat bayaran pendahuluan dan ansuran tetapi tidak menerima khidmat seperti yang dijangka, termasuk kerja-kerja ubah elok yang tergendala berulang kali, kata Case dalam kenyataannya semalam.



Case berkata ia telah cuba menghuraikan isu dengan 99 Reno, tetapi tidak berjaya.



Syarikat itu, yang mempunyai pejabat berdaftar di Kitchener Complex di French Road, juga tidak menjawab surat amaran yang dikirimkan oleh Case.



"Dalam banyak kes, kerja ubah elok seperti memasang kabinet dapur, pertukangan kayu dan kerja-kerja elektrik tidak dilengkapkan," kata Case.



"Beberapa pelanggan juga berkata 99 Reno telah mengambil bayaran pendahuluan, tetapi tidak memulakan kerja."



Pelanggan juga telah melaporkan bahawa syarikat itu menggunakan alasan pandemik Covid-19, kurang tenaga manusia dan masalah aliran tunai sebagai sebab kerja-kerja ubah elok tergendala.



Syarikat itu juga dikatakan tidak dapat memberikan tarikh kukuh bagi melengkapkan kerja-kerja.



Namun, 99 Reno terus menerima projek baru dan mengambil bayaran pendahulan daripada pelanggan, kata Case.



Syarikat itu dikatakan telah juga meminta pelanggan lebih awal supaya melunaskan sepenuhnya bayaran sebelum ia memulakan kerja-kerja ubah elok.



Menurut pelanggan, kos projek ubah elok itu berharga antara $6,000 dengan $54,000.



Case berkata ia akan memantau 99 Reno dan tidak akan berlengah-lengah untuk mengambil tindakan sewajarnya menerusi Akta (Perdagangan Adil) Perlindungan Pengguna (CPFTA).



Ini termasuk merujuk perkara itu kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura.



Di bawah CPFTA, perbuatan penyedia khidmat menerima bayaran bagi membekal barangan dan khidmat meskipun ia sedar ia tidak dapat membekalkan barangan atau khidmat seperti yang dijanjikan dianggap amalan tidak adil.



Antara lain, Case menasihatkan pelanggan supaya membandingkan sebut harga antara penyedia khidmat berbeza sebelum mendapatkan sesebuah khidmat bagi kerja ubah elok dan sebarang perjanjian harus bertulis dalam bentuk kontrak.



Pelanggan juga harus berunding dengan penyedia khidmat dan mendapatkan kaedah bayaran ansuran yang dipersetujui kededua pihak.



Seberapa boleh, mereka harus mendapatkan khidmat dari kontraktor yang diiktiraf CaseTrust.



Pelanggan yang masih mempunyai pertikaian dengan kontraktor yang belum terhurai boleh menghubungi Case di talian 6100-0315 atau menerusi laman web.




“Dalam banyak kes, kerja ubah elok seperti memasang kabinet dapur, pertukangan kayu dan kerja-kerja elektrik tidak dilengkapkan. Beberapa pelanggan juga berkata 99 Reno telah mengambil bayaran pendahuluan, tetapi tidak memulakan kerja.”
– Persatuan Pengguna Singapura (Case).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >