Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SUSULAN PENGUMUMAN PASUKAN BERTINDAK BERBILANG KEMENTERIAN

Causeway Link, Transtar tambah tiket VTL SG-M'sia

Dec 16, 2021 | 05:30 AM



PERJALANAN ke Johor Bahru akan lebih mudah mulai minggu depan, dengan lebih banyak pilihan bagi masa keberangkatan bas-bas yang ditetapkan bagi laluan perjalanan itu.



Kedua-dua pengendali bas di bawah Skim Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) berkata mereka akan dapat meningkatkan jumlah tiket yang dijual untuk perjalanan tanpa kuarantin antara Singapura dengan Malaysia sebanyak 50 peratus apabila VTL darat diperluaskan mulai 20 Disember.



Langkah itu menyusuli pengumuman Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) Singapura kelmarin yang mengatakan warga Singapura yang sudah divaksin dibenarkan memasuki Malaysia melalui Koswe, begitu juga bagi rakyat Malaysia yang ingin ke Singapura.



Buat masa ini, warga, penduduk tetap dan pemegang pas jangka panjang negara yang mereka masuki dibenarkan melakukan perjalanan melalui VTL darat.



Salah satu pengendali bas yang ditetapkan, Causeway Link, mengumumkan kelmarin bahawa ia akan mengendalikan 10 lagi perkhidmatan bas bagi setiap arah antara Larkin Sentral di Johor Bahru dengan Queen Street di Singapura.



Kekerapan jadual bas yang dipertingkat akan bermula pada 20 Disember.



Pengendali itu kini mengendalikan 16 perkhidmatan bas bagi setiap arah setiap hari.



Pembelian tiket sudah mula dijual di laman web pengendali itu sejak 8 pagi semalam.



Jurucakap Causeway Link, yang juga dikenali sebagai Handal Indah, berkata kuotanya untuk tiket bagi pengguna VTL darat telah dinaikkan sebanyak 50 peratus.



Di bawah peraturan VTL semasa, kedua-dua pengendali bas yang ditetapkan itu masing-masing dibenarkan menjual sehingga 1,440 tiket sehari kepada mereka yang melakukan perjalanan antara Malaysia dan Singapura.



Tetapi mulai minggu depan, Causeway Link berkata ia akan dapat menjual lagi 720 tiket untuk memenuhi peningkatan permintaan yang dijangka.



Satu lagi pengendali, Transtar, yang berpangkalan di Singapura, berkata di laman Facebooknya semalam bahawa ia juga akan mengendalikan lebih banyak perkhidmatan bas mulai 20 Disember.



Ia kini mengendalikan 16 bas bagi setiap arah antara Woodlands dengan Larkin Sentral. Mulai minggu depan, ia akan menyediakan lapan lagi perkhidmatan bas setiap hari bagi setiap arah.



Tiket tambahan akan mula dijual esok.



MTI tidak memberikan butiran lanjut apabila ditanya kelmarin sama ada had harian bagi pengguna VTL darat akan dinaikkan mulai 20 Disember.



Seorang jurucakap berkata: "Kami memantau permintaan untuk VTL (darat) dengan berhati-hati, dan akan menyesuaikan serta menyemak kapasiti VTL (darat) dengan sewajarnya, dengan mengambil kira situasi kesihatan awam di kedua-dua negara."



Dalam pada itu, pengumuman VTL darat yang diperluas ini amat dialu-alukan warga Singapura, terutamanya mereka yang memiliki keluarga dan rumah di Seberang Tambak.



Namun, keadaan Covid-19 yang tidak menentu dan kos perjalanan yang mahal membuat mereka mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum kembali merentasi sempadan seperti waktu pra pandemik.



Encik Abu Sofian Eunos, 29 tahun, yang kerap berulang-alik antara Singapura dengan Malaysia melalui Woodlands bersama keluarganya sebelum Covid-19, berkata:



"Saya tertanya-tanya bagaimana agaknya keadaan rumah kami di Johor...Walaupun kami lama menantikan VTL darat ini (tapi) saya akan berikan sedikit masa sebelum berangkat ke Johor semula."



Bagi Encik Jamari Ahmari, 64 tahun, yang memiliki rumah di Nusa Idaman di Johor Bahru, kos perjalanan menjadi faktor penting yang dipertimbangkan sebelum kerap ulang-alik antara Singapura dengan Malaysia.



"Ia adalah langkah positif untuk membuka sempadan secara perlahan cuma kekadang prosedur dan pengujian Covid-19 untuk pergi dan kembali ke kedua-dua negara terlalu mahal buat masa ini," kata jurutera kanan itu, yang sudah menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur melalui VTL udara untuk pulang ke rumahnya pada pertengahan Januari ini bersama isteri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >