Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH JAUHARI HARAPAN: LEE SYAFIQ

Cef segarkan visi budaya penjaja merentas negara

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



SEDIKIT-SEDIKIT lama-lama jadi bukit.



Itulah nasihat ayahnya yang dipegang teguh oleh Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee, pemilik rangkaian gerai makanan 'Ashes Burnnit'.



Dengan kejayaan gerai pertamanya di Pusat Makanan Golden Mile pada 2017, usahawan berusia 30 tahun itu, kini memiliki sebanyak enam cawangan di serata Singapura selain sebuah cawangan di New York, Amerika Syarikat.



Kejayaan beliau itu didorong satu matlamat kecil namun penting - iaitu menyumbang kepada usaha memelihara warisan makanan penjaja Singapura.



Semasa memulakan perniagaanya, beliau meletakkan visi untuk membawa konsep burger gourmet halal dengan harga yang berpatutan ke pusat-pusat penjaja.



Walaupun industri makanan dan minuman, terutama para penjaja bergelut untuk bertahan semasa Covid-19 melanda, Encik Syafiq menguatkan semangat dan terus berjuang.



"Kata-kata ayah saya itu banyak menjadi dorongan bagi saya. Dalam perniagaan, kita akan sering berdepan dengan cabaran. Kuncinya ialah untuk fokus mengatasi cabaran satu persatu.



"Perjalanan saya sebagai seorang usahawan masih lagi jauh. Jadi setiap pengalaman dan cabaran yang saya lalui adalah berharga dalam pembangunan diri dan bisnes saya," ujarnya.



Lantaran itu, Anugera Jauhari Harapan ini amat bermakna bagi Encik Syafiq kerana ia mengiktiraf pencapaiannya hasil kerja kerasnya selama ini, sambil mengingatkan beliau bahawa perjalananya masih jauh.



Baru-baru ini, beliau mengambil langkah besar dalam perjalanan tersebut dengan membuka cawangan pertama di luar Singapura, di Urban Hawker Food Hall, di Times Square, New York, Amerika Syarikat.



Projek tersebut adalah kerjasama antara syarikat setempat MakanSutra yang diasaskan oleh cef dan usahawan, Encik KF Seetoh, dan syarikat Amerika Urbanspace.



Encik Syafiq berkata apabila beliau mengambil keputusan menceburi perniagaan makanan sebagai penjaja pada usia 24 tahun, beliau tidak pernah membayangkan akan diberikan pengiktirafan besar dari masyarakat seperti Anugerah Jauhari, atau meluaskan pernigaannya ke New York.



"Ramai orang bila jadi cef, mereka bercita-cita untuk membuka sebuah kafe atau restoran satu hari kelak. Tidak ramai yang berimpian membuka gerai di pusat penjaja.



"Tapi menjadi usahawan di pusat penjaja, menghidupkan budaya penjaja ini, telah menjadi impian saya sejak sekian lama, dan saya gembira ia kini menunjukkan hasil," kongsi Encik Syafiq, seorang lulusan diploma seni kulinari dari sebuah institusi kulinari dan hospitaliti Perancis yang tersohor di dunia, Institut Paul Bocuse.



Encik Syafiq menambah selain ibu dan bapanya, kejayaannya juga adalah hasil sokongan dan keyakinan isterinya, Cik Piscesca Dyana Pristifani Samion, seorang pengarah kreatif berusia 27 tahun.



Di samping itu, beliau terhutang budi dengan pasukannya yang bermula seramai tiga orang, dan kini telah berkembang kepada 25 kakitangan.



"Kejayaan adalah hasil kemenangan-kemenangan kecil. Saya harap kisah hidup saya ini akan dapat menggalak generasi seterusnya untuk mengusahakan sesuatu. Jangan takut mengejar impian, walau apa pun orang lain kata," katanya.



Encik Syafiq merupakan penerima ke-10 Anugerah Jauhari Harapan setelah ia diperkenalkan pada 2013 sebagai anugerah sampingan kepada Anugerah Jauhari.



Anugerah Jauhari Harapan disampaikan kepada individu Melayu/Islam yang berusia 30 tahun dan ke bawah, yang menunjukkan potensi bagi mengharumkan nama negara dalam bidang masing-masing.



Penerima lain Anugerah Jauhari Harapan termasuk atlet negara dan Olimpik dalam sukan lawan pedang, Kiria Tikanah Abdul Rahman; pemain bola sepak Singapura Ikhsan Fandi; petinju profesional, Muhammad Ridhwan 'The Chosen Wan'; pendayung negara dan atlet Olimpik, Saiyidah Aisyah Mohamed; serta penerima Biasiswa Presiden, Encik Adil Hakeem Mohamad Rafee dan Encik Muhammad Dhafer Muhammad Faishal.




ANUGERAH JAUHARI INSPIRASI GENERASI MASA DEPAN



"Saya harap ini juga akan dapat menggalak generasi seterusnya untuk mengusahakan sesuatu.



Cabaran sudah tentu akan timbul namun jangan sesekali menghalang diri anda dengan idea memulakan perniagaan dengan gerai di pusat penjaja.



... Kejayaan adalah hasil kemenangan-kemenangan kecil. Tidak kira betapa kecil perniagaan itu, saya harap anda tidak berputus asa dan akan mencapai impian anda satu hari nanti.''
- Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >