Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cef S'pura ketuai dapur halal di Sukan Olimpik Musim Sejuk

Mar 07, 2018 | 05:30 AM



EKSPERIMEN Cef Mazlan Boyamin memasak lemang menggunakan ketuhar menjadi sandaran kepadanya ketika mengetuai dapur halal sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan, baru-baru ini.



Ini kerana dapur sukan Olimpik tidak membenarkan penyalaaan api di dapur atas sebab keselamatan.



Beliau hanya disediakan dengan kepingan pemanas bagi memasak pelbagai jenis masakan.



"Tiada api langsung dibenarkan di dapur. Hanya alat pemanas. Ketika itulah saya pratikkan pengalaman memasak lemang dalam ketuhar. Malah, sebelum ini saya pernah bereksperimen memasak hanya menggunakan ketuhar gelombang mikro. Saya telah bereksperimen bagi menghadapi segala kemungkinan memasak tanpa menggunakan api,'' ujar Cef Mazlan.



Walaupun menghadapi kesukaran, beliau dan dua lagi pembantunya mampu memasak makanan Barat untuk 250 tetamu bagi jamuan makan tengah hari hingga jamuan tengah malam.



Menurutnya, memasak menggunakan pemanas api hanyalah salah satu daripada banyak cabaran di Korea.



Bapa dua cahaya mata itu berkata antara cabaran terbesar yang lain ialah mendidik cef bukan Islam mengenai apa itu makanan halal.



Cef lain menyangkakan halal hanya melibatkan masakan tanpa babi atau alkohol sahaja.



Menurutnya, beliau berpeluang ke Korea setelah mendapat tawaran daripada vendor syarikat Living Hospitality UK kepada tiga cef Singapura termasuk Cef Mazlan, yang bergabung di bawah syarikat Tastessentials.



Cef Mazlan memiliki sijil dan piawaian keselamatan makanan ketat yang ditetapkan Titik Kawalan Kritikal Analisis Bahaya (HACCP) bagi membolehkannya bekerja di peringkat natarabangsa.



Menurut Cef Mazlan, sebelum ke Korea, beliau perlu menjalani ujian darah bukan sahaja bagi memastikan bebas dadah tetapi juga bebas penyakit.



Beliau yang juga anggota Jawatankuasa Eksekutif Persekutuan Kulinari Halal Singapura (SHCF) berkata pemilikan HACCP itu adalah antara sebahagian usaha beliau sendiri meningkatkan kemahiran.



Beliau yang kini merupakan pengajar kulinari dan cef privet bermula sebagai pembantu tukang masak di sebuah hotel ternama pada 1986 setelah menamatkan pengajian GCE peringkat 'O'.



"Saya tidak bermula sebagai tukang masak di dapur tetapi sebagai pekerja hotel biasa. Saya akan melintas di dapur ketika melakukan tugas lain. Saya lalu berminat menyertai pasukan tukang masak.



"Saya memohon masuk ke dapur bekerja sebagai pembantu daripada gred tiga hingga meningkat naik dan telah berkhidmat kepada enam hotel lima bintang setempat. Tiada jalan pintas. Saya terus meningkatkan diri dan terus belajar," ujar Cef Mazlan.



Beliau antara lain belajar di Pusat Pendidikan Hotel dan Pelancongan Singapura (Shatec).



Pada 2011 beliau menamatkan pengajian di Sunrise Global Chef Academy di Singapura yang bekerjasama dengan Universiti Johnson & Wales dan memiliki Diploma Lanjutan daripada universiti itu.



"Dalam industri ini, usaha meningkatkan diri adalah kunci kepada segalanya. Belajar dan tingkat diri tanpa henti,'' tegas Cef Mazlan.



Beliau menjadi jurulatih berdaftar dengan Sijil Lanjutan dalam Latihan dan Penilaian (Acta) dan mengadakan latihan dengan Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ).



"Cef bukan hanya berakhir di dapur tetapi lebih dari itu kerana bidang ini mempunya banyak cabangnya,'' ujar Cef Mazlan.



Beliau turut mengajar memasak di balai rakyat dan sekolah, mempromosi produk dan bekerjasama dengan agensi kesihatan dalam menyediakan resipi sihat.



Dengan khidmat konsultannya, beliau turut dibawa ke Jakarta, Bali, dan Dubai untuk memberikan demonstrasi produk makanan dan pernah memperkenalkan masakan Melayu seperti mi rebus, popiah, sate mi soto di peringkat antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >