Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cegah barah prostat: Panduan bagi prostat sihat

Barah prostat barah ketiga paling biasa menyerang lelaki Singapura - berdasarkan statistik dari Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) - dengan simptom biasanya hanya muncul pada peringkat akhir penyakit itu. Namun penyakit ini boleh dicegah dengan pengamalan gaya hidup sihat, dari segi pemakanan, senaman secara konsisten dan pemeriksaan kesihatan secara berterusan. Penolong Klinikal Profesor Jeffrey Tuan, Perunding Kanan dan Ketua, Jabatan Gastrointestinal, Hepato-Pancreato-Bilary and Urology dan Dr Li Youquan, Perunding - kededuanya dari Bahagian Onkologi Radiasi NCCS - berkongsi lebih lanjut mengenai panduan bagi mengekalkan kesihatan prostat yang baik.
Mar 14, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI PERMULAAN



  • Perbanyakkan sayur-sayuran berdaun hijau dalam diet harian anda. Ini adalah langkah pertama yang baik ke arah prostat yang sihat kerana sayur-sayuran berdaun mengandungi vitamin dan antioksidan yang penting.

  • Elakkan memakan daging hangus yang dikaitkan dengan sejenis bahan kimia (PhIP), yang meningkatkan risiko kanser.

  • Dapatkan pendedahan sederhana kepada cahaya matahari. Ini memastikan Vitamin D yang mencukupi, yang mengurangkan risiko kanser.

  • Bersenam dengan kerap. Kajian telah menunjukkan bahawa senaman bermanfaat bagi kesihatan prostat.

  • Pertimbangkan saringan kanser prostat, jika anda berumur 55 tahun ke atas. Dapatkan nasihat doktor anda mengenai kelebihan dan kekurangan menjalani saringan ini. Kesihatan prostat boleh ditentukan dengan mudah dengan ujian rektum digital (DRE) dan ujian darah yang ringkas (antigen khusus prostat).

GEJALA BARAH PROSTAT



Gejala kanser prostat yang paling sering termasuk:



  1. Peningkatan Antigen Spesifik Prostat (PSA);

  2. Gejala saluran kencing bawah, contoh: kekerapan dan kesukarannya.

"Bagaimanapun, simptom yang sama juga mungkin berlaku pada lelaki yang mengalami Benign Prostate Hyperplasia (BPH). Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor anda sama ada ujian tambahan diperlukan apabila gejala sedemikian timbul," jelas Profesor Jeffrey Tuan.



RAWAT KANSER PROSTAT DENGAN SBRT (RADIOTERAPI BADAN STEREOTAKTIK)



Jika anda menghidapi barah prostat peringkat awal, anda mungkin layak untuk rawatan radioterapi badan stereotaktik (SBRT).



Berbanding radioterapi tradisional yang memerlukan rawatan harian antara 37 dengan 39 sesi, yang boleh berlangsung sehingga dua bulan, SBRT menyalurkan radiasi dalam tempoh yang lebih singkat (2-3 kali lebih kurang) dan boleh diselesaikan dalam lima sesi. Ini membolehkan pesakit kembali bekerja dan melakukan aktiviti normal dengan tempoh yang lebih cepat.



"Ini disebabkan oleh peningkatan teknologi yang membolehkan pengimejan prostat yang lebih baik, serahan radiasi yang lebih cepat dan tepat," kata Dr Li Youquan.



Kajian terbaru juga mengesahkan bahawa SBRT adalah berkesan seperti teknik tradisional. Ia juga mengurangkan kesan sampingan seperti pendarahan rektum dan disfungsi seksual.



Sejak 2014, lebih 100 pesakit dari NCCS telah dirawat dengan SBRT dengan hasil klinikal yang baik dan profil ketoksikan yang menggalakkan. Rawatan itu kini sedang diuji dalam dua ujian kawalan rawak besar di Amerika Syarikat dan United Kingdom dan boleh menggantikan rawatan tradisional sebagai standard yang baru. - Sumber: HealthXchange.SG




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >