Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERHIMPUNAN KESIHATAN SEDUNIA KE-75

Cegah penyakit kini tumpuan SG: Ye Kung

May 25, 2022 | 05:30 AM



JAGAAN pencegahan, dengan tumpuan mempertingkat kesihatan berbanding merawat penyakit, akan menjadi tumpuan utama Singapura untuk sedekad akan datang, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, kelmarin.



Dengan doktor keluarga menjadi tumpuan dalam usaha ini, Singapura akan memerlukan dasar awam bagi menyokong doktor keluarga dengan lebih baik bagi membantu penduduk kekal sihat, katanya.



"Kita perlu membangun hubungan kukuh dan protol rujukan antara doktor keluarga dengan hospital, agar pihak hospital dapat menyokong mereka dengan lebih baik, terutamanya bagi kes serius dan lebih kompleks."



Singapura akan memerlukan doktor keluarga menawarkan bukan sahaja ubat, malah nasihat sosial seperti diet dan kerap bersenam bagi menggalak tabiat kesihatan baik, tambahnya.



Pihak berkuasa akan menghubungkan mereka dengan penganjur masyarakat yang mampu menyediakan rejim amalan kesihatan.



Encik Ong berkata demikian di Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75 di Geneva, Switzerland, mengenai pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit.



Beliau berkata pihak berkuasa akan menggalak orang ramai, termasuk yang sihat, untuk berjumpa doktor keluarga secara kerap dan bagi tempoh jangka masa lama.



Terdapat juga keperluan untuk sistem teknologi maklumat (IT) yang berkongsi rekod perubatan pesakit secara lancar meliputi semua institusi jagaan kesihatan berbeza.



"Kita tinggal dalam satu era dengan teknologi perubatan canggih. Kita perlu mendakapnya.



"Tapi dasar jagaan kesihatan paling segera ada kaitan dengan dasar lebih mudah yang dapat menyokong doktor keluarga," katanya.



Mac lalu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan negara akan beralih daripada tumpuan tradisional yang menumpukan kepada jagaan hospital akibat sakit kepada langkah yang lebih mampan - jagaan pencegahan yang tertumpu kepada pesakit.



Ia bagi mengenal pasti dan merawat penyakit lebih awal dan memastikan orang ramai sihat dan tidak dimasukkan ke hospital seberapa mungkin.



Doktor keluarga dikenal pasti memainkan peranan penting di bawah strategi Healthier SG atau SG Lebih Sihat, di mana setiap penduduk di sini dipelawa mendaftar dengan salah seorang doktor keluarga atau doktor poliklinik pilihan mereka untuk keperluan jagaan mereka.



Encik Ong berkata penyakit tidak berjangkit kini meningkat di Singapura dan merata dunia.



Pemerintah perlu menjadikan rakyat lebih sihat dan mencegah mereka daripada menghidap penyakit kronik, berbanding menerima mereka yang berpenyakit sebagai sesuatu yang ditakdirkan.



"Dalam jangka panjang, gelombang penyakit kronik akibat gaya hidup tidak sihat, berpotensi menjadi lebih mencabar berbanding gelombang jangkitan Covid-19 dalam jangka singkat.



"Kami perlu memberi lebih perhatian kepada usaha mempertingkat kesihatan, dalam keluarga dan masyarakat, dan tidak hanya hadkan diri kita kepada usaha merawat pesakit di hospital dan bilik pembedahan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >