Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cekup lebih $126,000 geran bantuan pemerintah, lelaki dipenjara 22 bulan

Oct 04, 2023 | 06:37 PM



Pemilik sebuah pusat tuisyen mereka tujuh pelatih yang tidak wujud dan mengemukakan 63 tuntutan palsu untuk dapatkan geran berjumlah $126,749 di bawah satu inisiatif pemerintah bertujuan membantu orang ramai meningkatkan kebolehpasaran mereka semasa pandemik Covid-19.

Gerard Lim Jian Rong, 36 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 22 bulan pada Selasa, selepas mengaku bersalah atas empat tuduhan menipu dan satu tuduhan pemalsuan.

Enam lagi tuduhan diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.

Lim menyalah guna program Latihan SGUnited (SGUT), di mana Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG) yang diperkenalkan pada Mac 2020 untuk membantu pelatih membangunkan kemahiran yang relevan dengan industri di sebalik kurangnya pengambilan pekerja semasa pandemik.

Pihak pendakwa raya berkata pelatih di bawah program biasanya adalah siswazah baru, dan Pusat Tutorial Succee.Nat, yang dimiliki Lim, merupakan salah satu pertubuhan di bawah inisiatif tersebut.

Lim telah menipu Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), yang mengurus dan mentadbir program itu, dalam mengagihkan geran-geran itu kepada pusat tersebut selepas mengemukakan butiran mereka yang bukan pelatih di pusat tersebut.

Pada masa itu, beliau adalah pengetua Success.Nat dan yang membuat keputusan, selain bertanggungjawab dalam operasi hariannya, yang menurut Timbalan Pendakwa Raya, Encik Edwin Soh, termasuk kelas-kelas perancangan dan dalam pengambilan guru tuisyen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >