Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SIJIL AM PELAJARAN (GCE) PERINGKAT ‘O’ 2022

Cemerlang walau hadiri kelas melalui Zoom di rumah di JB

gce
Jan 13, 2023 | 05:30 AM



SELAMA 13 bulan, Namarr Singh Mann terpaksa menghadiri kelasnya di Sekolah Menengah Northbrooks melalui sesi Zoom dari rumahnya di Johor Bahru.



Ini setelah apa yang dijangka sebagai penutupan sementara sempadan antara Malaysia dan Singapura dek Covid-19 berpanjangan lebih setahun.



Namarr, seorang Penduduk Tetap (PR) Singapura, tinggal di Johor Bahru bersama keluarganya kerana bapanya bekerja di sana.



Meskipun tersekat di seberang Tambak, Namarr bersyukur mempunyai guru dan rakan sekolah yang menyokong pembelajaran dan usahanya terus menimba ilmu.



Mereka membantu Namarr menyediakan sesi Zoom setiap hari agar dia tidak ketinggalan pelajaran sekolah.



Namarr antara pelajar yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O' 2022 semalam. Dia antara pelajar yang mendapat keputusan cemerlang.



"Saya amat berterima kasih pada guru-guru dan rakan-rakan kerana bantuan mereka. Pada mulanya saya amat khuatir bagaimana saya dapat terus belajar dan apa akan terjadi pada pembelajaran saya.



"Mujur sekolah saya amat menyokong dan memahami situasi saya dan menguruskan sesi Zoom sepanjang saya masih tersekat di Johor Bahru," ujar anak kembar berusia 17 tahun itu.



Kembarnya baru menduduki peperiksaan GCE peringkat 'N' dan meraih keputusan memuaskan.



Minat dan kekuatan dalam mata pelajaran Matematik mendorong Namarr berazam menjadi akauntan, dan keputusannya itu membolehkannya memohon kursus perakaunan di Politeknik Singapura atau Politeknik Ngee Ann.



Mengongsi antara cabaran yang dihadapinya dalam menduduki peperiksaan itu, Namarr berkata:



"Berulang-alik antara JB dan Singapura memenatkan dari segi fizikal dan mental. Setelah menelaah di sekolah bersama rakan-rakan, saya akan terus belajar di rumah.



"Walaupun sukar dan penat, motivasi saya untuk terus berjuang berpangkal dalam diri sendiri, kerana saya ingin mendapat keputusan baik. Oleh itu, saya memberikan segala yang saya mampu."



Beliau juga didorong hasrat membanggakan ibu bapanya.



"Ibu bapa saya tidak pernah menekankan bahawa kami adik-beradik mesti berjaya. Pada mereka, jika kami memberikan usaha terbaik, ia mencukupi dan membuat mereka gembira," ujar Namarr, yang mempunyai seorang adik perempuan dalam menengah dua.



Menurut Namarr, antara panduan yang dipegangnya ialah jangan membandingkan dirinya dengan kemajuan rakan-rakannya.



"Walaupun kami belajar bersama, setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Jika saya asyik membandingkan diri saya dengan kemajuan kawan saya, saya rasa saya lebih tertekan. Jadi, ikut rentak dan kemajuan sendiri," katanya.



Bercakap kepada Berita Harian, pengetua Sekolah Menengah Northbrooks, Encik David Lau, berkata beliau bangga akan kejayaan pelajarnya yang terpaksa mengharungi pelbagai cabaran semasa Covid-19.



"Kami bersyukur kerana penekanan kami terhadap pembangunan watak telah membina daya tahan dalam pelajar kami, membantu mereka mengharungi masa-masa sukar dan membina penghargaan bagi semua yang memainkan peranan dalam membantu mereka bersedia untuk masa depan," ujar Encik Lau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >