Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO Bank of Singapore, Bahren Shaari, bersara selepas khidmat 13 tahun

Dec 19, 2022 | 05:30 AM



KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari, akan bersara hujung bulan ini.



Menggantikan beliau ialah Encik Vincent Choo, ketua pegawai risiko kumpulan OCBC Bank, yang akan menjadi pemangku CEO bermula 1 Januari.



Dalam satu catatannya di LinkedIn, Encik Bahren, 60 tahun, berkata beliau sangat berbesar hati dan bangga selepas berkhidmat dalam bank privet itu sepanjang 13 tahun.



"Saya berterima kasih kerana diberi peluang dan bimbingan sepanjang lebih 30 tahun kerjaya saya dalam perbankan privet, khususnya mantan bos saya Mercel Kreis semasa saya di UBS; dan CEO sebelum saya di Bank of Singapore, Bing De Guzman, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kerjaya saya sehingga hari ini.



"Satu pengajaran yang saya pelajari sebagai CEO ialah kita tidak akan salah jika kita melabur dalam modal insan dan jalinan hubungan. Ganjaran terbesar saya ialah menemui mereka yang mengongsi nilai dan tujuan yang sama,'' ujarnya.



Pada persimpangan ini, beliau mula menilai apa yang ingin dilakukan selepas ini.



"Saya rasa sudah tiba masa bagi generasi pemimpin akan datang mengembangkan bank ini,'' katanya.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH) semalam, Encik Bahren berkata beliau mempunyai beberapa minat tertentu yang ingin diceburi, khususnya dalam kerja kemasyarakatan serta membantu mengongsi pengalaman dan pengetahuan bagi usaha transformasi perniagaan, terutamanya dalam bidang Sekitaran, Sosial dan Pengawalan (ESG).



"Ini merupakan satu bidang yang ingin saya dalami dan juga mengongsi pengetahuan saya yang telah diraih menerusi pengalaman saya mengendali klien serta mematuhi keperluan mereka dalam dunia kewangan sebelum ini.



"Dan semua ini perlu disokong dengan kelengkapan teknologi dan data bagi membentuk keputusan perniagaan yang menimbangkan aspek komersial, ekonomi dengan menyeluruh " tambahnya.



Encik Bahren menyertai Bank of Singapura apabila OCBC memperoleh dan bergabung dengan ING Private Bank pada 2010.



Encik Bahren dilantik CEO Bank of Singapore, cabang perbankan privet OCBC, pada 2015.



Antara sumbangan ketaranya ialah usaha OCBC memperoleh Barclays Asia dan melihat aset dikendali pengurusan francais bank privet itu berkembang daripada AS$55 bilion ($75 bilion) kepada US$114 bilion ($154 bilion) sekarang.



Beliau juga menyumbang dalam usaha transformasi teknologi dan reka bentuk bank itu pada 2020.



"Tiada masa atau rancangan tetap bila saya akan 'muncul' lagi namun buat masa kini, saya juga akan menyumbangkan masa dalam komitmen saya yang lain," kata Encik Bahren yang juga seorang anggota Lembaga Pemegang Amanah Universiti Nasional Singapura (NUS), Majlis Penasihat Presiden (CPA) dan SPH Media Holdings.



Antara pencapaiannya termasuk dinobat Pingat Bakti Masyarakat pada 2008 dan Bintang Bakti Masyarakat pada 2018.



Beliau juga merupakan penerima Anugerah Jauhari, Berita Harian, pada 2018.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >