Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Chee Meng: S’pura tidak boleh peluk tubuh walau negara maju, harmoni

Aug 01, 2023 | 12:30 PM



Singapura tidak mampu berpeluk tubuh selepas negara ini menjadi ekonomi maju dengan masyarakat yang kekal harmoni, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.

Berkata demikian dalam amanat Hari Kebangsaan 2023, Encik Ng berkata sekitaran yang tidak menentu pada masa akan datang, selain ketegangan geostrategik antara pesaing kuasa besar di samping suasana ekonomi sejagat yang kian lemah, dijangka menjejas Singapura, termasuk pertumbuhan ekonomi pada 2023.

“Terutamanya di tempat kerja, perkembangan pesat teknologi sedang mengubah cara kita bekerja dan suasana pekerjaan di seluruh spektrum tenaga kerja.

“Perkembangan ini akan memberi impak mendalam ke atas sara hidup pekerja kita dan kompak atau persefahaman kukuh NTUC dengan pekerja.

“Berdasarkan cabaran-cabaran ini, NTUC telah bertekad mengambil tindakan untuk memperbaharui kompak dengan pekerja kita serta memperjuangkan kebimbangan dan keperluan pekerja kita,” jelasnya.

Dalam amanatnya itu, Encik Ng juga berkata latihan kekal utama kepada strategi NTUC bagi memastikan pekerja Singapura memiliki pekerjaan dan kekal dalam pekerjaan dalam ekonomi akan datang.

Menurutnya, menjalani latihan akan memastikan bahawa tiada pekerja akan ketinggalan.

“Dengan set kemahiran yang relevan, pekerja boleh mengekalkan persaingan mereka, kekal bertindak dan dapat menyesuaikan kepada keperluan yang berubah di tempat kerja serta maju dalam kerjaya mereka,” ujarnya.

Justeru bagi menyokong pekerja, NTUC telah menubuhkan lebih 1,455 Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) dan melatih lebih 100,000 pekerja di seluruh sektor yang pelbagai dalam ekonomi.

CTC memberi manfaat kepada majikan dan pekerja dengan menginstitusikan latihan pekerja kepada hasil perniagaan.

Dengan melakukan demikian CTC dapat memastikan bahawa hasil latihan dapat mempertingkat penghasilan tenaga kerja, gaji lebih baik, selain kebajikan dan prospek pekerjaan bagi para pekerja, tambah Encik Ng.

“Sebagai tambahan kepada kemajuan yang dibuat dalam ruang latihan tahun ini, kami juga telah berjaya memperjuangkan kepentingan pekerja kita di seluruh segmen.

“Saya tahu bahawa kos kehidupan kekal menjadi kebimbangan utama ramai daripada kita sedang kadar inflasi terus naik.

“Kami juga telah bekerja keras untuk membantu pekerja mengurus kos yang meningkat dengan memastikan agar kos bagi keperluan serta perkhidmatan asas kekal dimampui menerusi perusahaan sosial kami seperti NTUC FairPrice,” katanya.

Beliau menambah bahawa bagi para pekerja bergaji lebih rendah, pihaknya telah memperluaskan Model Gaji Progresif (PWM) untuk dimanfaatkan sekitar 17,000 pekerja dalam sektor perkhidmatan makanan.

Bagi pekerja platform, NTUC akan dapat mewakili mereka tidak lama lagi sejurus rang undang-undang yang membenarkan pertubuhan perwakilan memperjuangkan kepentingan pekerja platform diluluskan, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >