Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NTUC lancar keahlian baru, meterai MOU bersama ITE bantu kerjaya belia

Jul 14, 2023 | 05:40 PM



Golongan belia kini boleh meraih manfaat daripada sebuah produk bersepadu dan holistik terkini yang mempunyai ciri-ciri bagi menangani dan memenuhi keperluan kerjaya, gaya hidup dan dalam peringkat peralihan mereka.

Ini setelah Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) melancarkan keahlian baru – NTUC Starter Membership – yang ditetapkan pada harga $36 setahun bagi belia berusia 18 hingga 25 tahun.

Keahlian itu dilancarkan sebagai sebahagian daripada daya usaha baru yang diperkenal menyusuli maklum balas yang diterima Kumpulan Kerja Belia NTUC sepanjang usaha pendekatannya dengan belia.

Selama setahun sejak Julai 2022 kumpulan kerja tersebut mendekati 10,568 belia berusia antara 17 dengan 25 tahun untuk memahami keinginan serta kebimbangan mereka berkaitan kerjaya.

Melancarkan keahlian baru itu semasa simposium tahunan NTUC Muda, LIT DISCOvery 2023, di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura pada Jumaat, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, memuji daya usaha baru tersebut sambil berkata:

“NTUC terus menyesuaikan diri, berinovasi dan mencipta semula dirinya untuk mengekalkan kerelevanannya kepada masyarakat kita yang luas.”

Selain Encik Wong, turut melancarkan NTUC Starter Membership itu ialah Presiden NTUC, Cik Mary Liew; Setiausaha Agungnya; Encik Ng Chee Meng; Penolong Setiausaha Agung yang juga pengerusi Kumpulan Kerja Belia NTUC dan penasihat kepada NTUC Muda, Encik Desmond Choo; serta empat anak muda yang terlibat dalam pendekatan kumpulan kerja belia itu.

NTUC mahu menarik 2,500 belia menyertai NTUC Starter Membership, yang merupakan keahlian digital sepenuhnya, menjelang hujung 2023. Mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/3ObvQci.

Dalam pada itu, semasa acara tersebut NTUC menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) bagi kerjasama yang bertujuan menyediakan bimbingan kerjaya, bengkel prakerja dan peluang pekerjaan bagi belia.

Kolaborasi itu merupakan langkah mengukuhkan kerjasama NTUC dengan institut pengajian tinggi (IHL) dan melengkapkan sokongan kerjaya lulusan pasca-IHL, kata NTUC.

Dalam ucapannya, Encik Ng antara lain berkongsi bahawa dalam interaksi beliau bersama belia sepanjang setahun lalu beliau telah lebih memahami keinginan serta keutamaan kerjaya dan kehidupan mereka.

Belia hari ini, katanya, menekankan kepentingan kewangan dan kesihatan mental dan mahu menceburi kerjaya yang diingini tanpa perlu terikat dengan pengaruh rakan atau keluarga.

Encik Ng turut menekankan keinginan NTUC mempunyai hubungan lebih rapat dengan golongan belia.

“Kami mahu menjalin hubungan dengan anda – semua anak muda – bukan dengan generasi anda sekarang sahaja, malah anak muda akan datang.

“Kami mahu menjadi rakan seperjuangan anda dan bekerjasama dengan anda,” ujar beliau.

Sebelum mengakhiri lawatannya, Encik Wong melihat pameran Hab Belia yang bertujuan mendekati belia melalui pelbagai kegiatan di mana mereka boleh meluahkan aspirasi dan kerisauan mereka, mengambil ujian profil kerjaya serta mendapatkan panduan memulakan tugas baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >