Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chuan-Jin ingatkan pegawai sukan supaya kekal bersih, pentingkan atlet

Nov 27, 2015 | 12:02 PM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, yang juga presiden Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC), mengingatkan para pegawai sukan Singapura pada Khamis (26 Nov) mengenai tanggungjawab mereka kepada sukan dan atlet, sedang skandal dadah dan rasuah membayangi arena sukan antarabangsa.


Dalam satu pos blog dan juga surat kepada anggota persatuan sukan kebangsaan, Encik Tan berkata: "Memandangkan krisis-krisis ini, kita mesti mengingatkan diri kita tentang matlamat kita dan tanggungjawab yang ada di tangan kita, dan berkelakuan dan bertindak secara jujur setiap masa."


Pos beliau dibuat sedang beberapa sukan terkemuka kini menarik perhatian disebabkan perkara negatif.


Badan bola sepak, Fifa, yang menghadapi dakwaan rasuah selama bertahun-tahun, dilanda skandal rasuah dalam beberapa bulan kebelakangan ini.


Ini membawa kepada persoalan tentang kesahihan proses bidaan Piala Dunia dan penggantungan presiden Fifa, Sepp Blatter, dan naib presiden Michel Platini pada Oktober.


Persatuan Persekutuan Atletik Antarabangsa (IAAF) pula dilanda laporan tentang penggunaan dadah yang meluas, dengan sebuah laporan Agensi Antidadah Dunia (WADA) mendakwa persatuan itu mengabaikan penggunaan dadah secara sistemik dan ditaja oleh negara di Russia.


Bekas presiden IAAF, Lamine Diack, juga sedang disiasat kerana dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, manakala IAAF telah menggantung sementara persekutuan atletik Russia.


Sukan di Singapura juga menjadi perhatian baru-baru ini.


Pertikaian antara pemain dan jurulatih dalam pasukan ping pong wanita kebangsaa Singapura menyaksikan Yu Mengyu mengutuk bekas jurulatih Jing Junhong.


Jing telah digantikan oleh Liu Jiayi.


Dalam pasukan lelaki, ketua jurulatih Yang Chuanning dipecat. Antara tuduhan yang dibuat terhadap beliau ialah tidak melayan pemain sama rata dan memandang rendah khususnya pemain kelahiran Singapura.


Memandangkan semua ini, Encik Tan mengingatkan pegawai sukan di sini supaya "menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan jujur", mengingatkan mereka supaya mengisytiharkan sembarang konflik kepentingan, telus, jangan menyalah guna kedudukan mereka untuk kepentingan peribadi.


Beliau juga menekankan kepentingan dasar dan keputusan yang mementingkan atlet.


"Rakan-rakan, marilah kita terus menggalak sukan dan memberi peluang kepada atlet dan para pegawai kita untuk cemerlang dalam sukan tanpa diskriminasi dalam apa jua bentuk dan dengan semangat Olimpik," seru Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >