Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chuan-Jin mohon maaf, tinggalkan politik, beri tumpuan pada keluarga

Jul 17, 2023 | 05:46 PM



17 Julai 2023

Perdana Menteri yang saya hormati,

Saya menulis untuk meletak jawatan sebagai anggota Parti Tindakan Rakyat, dan memaklumkan kepada anda tentang peletakan jawatan saya sebagai Speaker Parlimen dan Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade berkuat kuasa serta-merta.

Baru-baru ini, saya telah melakukan kesilapan di Parlimen apabila saya mengeluarkan kata-kata yang biadap dan tidak wajar di Parlimen. Ini adalah salah (perkara) dan saya telah memohon maaf secara terbuka. Saya juga telah bercakap dengan Anggota Parlimen berkenaan untuk menyampaikan permohonan maaf saya. Semestinya, ada keresahan dengan kata-kata saya. Ramai yang berasa saya berat sebelah. Yang lain berpendapat bahawa ia adalah tingkah laku yang tidak layak sebagai Speaker Parlimen. Ada juga yang meminta saya meletak jawatan.

Apabila kesilapan sedemikian berlaku, semua anggota, termasuk saya sendiri, perlu memohon maaf dan menarik balik komen mereka. Walau bagaimanapun, sebagai Speaker, saya sepatutnya lebih tahu dan berpegang pada adab yang lebih tinggi. Isu yang dihadapi bukan hanya tentang kesilapan itu sendiri. Kesilapan saya menimbulkan persoalan yang lebih luas, mengenai sikap berkecuali dan berat sebelah saya, sebagai Speaker. Kewibawaan Parlimen dan Pengerusi adalah genting dan tidak boleh ditolak ansur.

Bagi saya secara peribadi, episod baru-baru ini telah menambahkan keperitan yang saya lakukan ke atas keluarga saya. Saya telah mengecewakan mereka. Kami telah bercakap tentang kelakuan peribadi saya sebelum ini. Terdapat ruang di mana saya telah gagal. Saya perlu bertanggungjawab, dan membantu memulihkan keluarga saya. Kami perlu ruang untuk pulih dan menyelesaikan masalah. Saya telah membincangkan perkara ini dengan isteri saya dan setuju saya mesti meninggalkan politik dan mengabdikan diri kepada keluarga saya.

Saya memohon maaf kepada warga Singapura, penduduk, sukarelawan, rakan sekerja dan rakan-rakan saya kerana telah mengecewakan mereka.

Saya amat berterima kasih atas kepimpinan, sokongan dan bimbingan anda selama ini, sepertimana saya juga menghargai persahabatan dan kerjasama rakan-rakan Anggota Parlimen saya di Parlimen.

Yang ikhlas,

Tan Chuan-Jin




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >