Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan Tan Chuan-Jin dan Cheng Li Hui tidak wajar, diteruskan walau dinasihati: PM Lee

Jul 17, 2023 | 05:21 PM



Hubungan sulit antara Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, dan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP), Cik Cheng Li Hui, berterusan walaupun mereka telah dinasihati oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Februari.

Encik Lee berkata beliau telah mengetahui tentang hubungan itu selepas Pilihan Raya Umum 2020, tetapi tidak tahu bila ia bermula.

Beliau berkata demikian semasa sidang media di Istana pada petang Isnin berikutan pengumuman mengenai peletakan jawatan Encik Tan dan Cik Cheng daripada PAP.

Encik Lee berkata beliau telah bercakap dengan kedua-dua mereka, paling baru-baru ini pada Februari, dan menasihati mereka.

Walau bagaimanapun, pada Julai, beliau menemui maklumat yang “sangat menunjukkan” bahawa hubungan itu diteruskan.

“Saya kemudian memutuskan bahawa Encik Tan perlu keluar, sama ada persiapan sudah sedia atau tidak. Ia tidak boleh menunggu lebih lama lagi,” katanya.

“Saya fikir adalah tidak sesuai untuk seorang Speaker mempunyai hubungan dengan salah seorang AP... Ia tidak sesuai, ia tidak boleh diterima.”

Pada Februari, Encik Tan telah mengakui kepada Encik Lee bahawa apa yang beliau lakukan adalah salah.

Beliau telah menawarkan untuk meletak jawatan dengan Encik Lee berkata beliau menerimanya.

Tetapi, tambah Encik Lee, beliau perlu terlebih dahulu memastikan penduduk di kawasan jagaannya, Kembangan-Chai Chee, dan di GRC Marine Parade terus dijaga.

Sementara itu, hubungan Encik Tan dengan Cik Cheng perlu dihentikan.

Pada Julai, apabila klip video bahasa tidak beradab Encik Tan tersebar, Encik Tan sedang bercuti.

Encik Lee meminta untuk berjumpa dengannya apabila beliau kembali.

Semasa perbincangan itu, Encik Tan bersetuju untuk berhenti serta-merta, di atas kedua-dua kelakuannya yang tidak beradab serta hubungannya yang tidak sesuai dengan Cik Cheng.

Encik Tan telah memberitahu Encik Lee bahawa beliau akan memutuskan hubungan itu tetapi sebenarnya beliau tidak menghentikannya.

Cik Cheng juga telah dinasihati, termasuk oleh Encik Lee pada Februari, tetapi “bagaimanapun beliau telah meneruskan hubungan itu dengan Encik Tan”, kata Encik Lee.

“Saya sedih apabila mendapat tahu bahawa kedua-dua AP PAP itu telah gagal mencapai standard sikap wajar dan kelakuan peribadi tinggi yang kami harapkan daripada semua AP PAP,” katanya.

“Apabila keadaan seperti itu timbul, adalah tugas saya sebagai setiausaha agung parti untuk menanganinya dan memperbetulkan keadaan. Ini bermakna menasihati, membetulkan, menegur dan akhirnya, jika perlu, mengeluarkan AP itu daripada parti dan Parlimen,” tambahnya.

Encik Lee berkata adalah sukar untuk melakukan itu kepada “kawan-kawan dan rakan seperjuangan kita”, dan ia juga boleh memalukan secara politik dan memberi kesan mendalam.

“Tetapi PAP perlu mengekalkan disiplin dan standard tingkah laku parti. Kewajipan kami adalah kepada Parlimen dan rakyat Singapura, dan itu yang terpenting,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >