Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN: KENYATAAN MENTERI MENGENAI INSIDEN DI SEKOLA RIVER VALLEY

Chun Sing bentang urutan insiden kematian di River Valley High

Masyarakat RVHS perlu masa untuk pulih, dirujuk bagi bantuan profesional jika perlu tetapi saling papar ihsan
Jul 28, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Pendidikan Chan Chun Sing memberikan urutan insiden kematian seorang pelajar di Sekolah Tinggi River Valley (RVHS) baru-baru ini, dalam satu kenyataan menterinya di Parlimen semalam.



Seorang pelajar berusia 16 tahun sekolah tersebut telah didakwa membunuh pelajar berusia 13 tahun itu.



Membentangkan butiran kejadian, Encik Chan berkata sekitar 11.35 pagi pada 19 Julai, sekumpulan pelajar ternampak pelajar berusia 16 tahun itu memegang kapak di luar sebuah tandas sekolah.



Pelajar itu menyuruh mereka menghubungi polis.



Para pelajar itu terus pulang ke kelas mereka dan memaklumkan perkara tersebut kepada guru mereka.



Pelajar berusia 16 tahun itu turut meminta sekumpulan lagi pelajar di kelas bersebelahan tandas itu menghubungi polis.



"Respons segera para pelajar itu ialah menggunakan latihan kecemasan 'Lari-Sembunyi-Beritahu' - mereka masuk ke dalam kelas, kunci pintu dari dalam dan dengan cepat menghubungi guru tingkatan mereka untuk bantuan," kata Encik Chan.



Seorang guru yang pertama tiba di tempat kejadian menyuruh pelajar berusia 16 tahun itu meletak kapak itu di lantai.



Dia mematuhi arahan guru tersebut dan kemudian dibawa pergi ke sebuah bilik mesyuarat.



Sementara itu, guru lain telah menghubungi polis dan memeriksa tandas tempat pelajar tersebut ditemui di luarnya.



Selepas menerima panggilan, Encik Chan berkata polis tiba dalam masa 10 minit dan menahan pelajar berusia 16 tahun itu.



Pegawai polis dan paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang dikerahkan ke tempat kejadian menemui pelajar berusia 13 tahun itu terbaring tidak bergerak di dalam tandas dengan beberapa luka.



Dia disahkan meninggal dunia.



Encik Chan berkata siasatan awal mendedahkan dua pelajar itu tidak mengenali satu sama lain sebelum kejadian tersebut, dan kapak itu dibeli dalam talian.



Pelajar berusia 16 tahun itu dikenakan dakwaan bunuh di mahkamah esoknya dan ditahan reman bagi penilaian psikiatrik sejak itu.



Mengongsi tentang tindakan yang diambil RVHS selepas kejadian itu, Encik Chan berkata setelah keadaan terkawal, pengetua sekolah tersebut memaklumkan kejadian itu kepada semua kakitangannya sebelum bercakap kepada pelajar.



"Beliau mengongsi bahawa satu kejadian serius telah berlaku dan meminta semua pelajar menghubungi ibu bapa mereka untuk memberi keyakinan bahawa mereka selamat.



"Tidak lama selepas itu, pengetua secara berasingan bercakap kepada kumpulan pelajar paling terjejas oleh kejadian itu. Guru lain juga berkumpul bagi memberi sokongan dan bantuan," kata Encik Chan.



Persetujuan ibu bapa diminta bagi pelajar yang membantu dalam wawancara polis, dan setiap pelajar ditemani guru sepanjang proses itu. Ibu bapa lain juga dimaklumkan menerusi Parents Gateway bahawa satu kejadian serius telah berlaku di sekolah, agar mereka boleh menjaga anak mereka setelah mereka bersurai pada hari itu.



Mulai 3.15 petang, pelajar bersurai secara berperingkat, dengan guru dikerahkan di beberapa pagar bagi memberi jaminan kepada pelajar dan ibu bapa.



Menyusuli kejadian itu, Kementerian Pendidikan (MOE) membentuk Tempat Tindakan Prihatin Dalam Respons Terhadap Kecemasan (Care) di RVHS pada 20 Julai, dengan sekitar 540 kakitangan dan pelajar telah mendapatkan sokongan psikologi sejak ia dibuka.



Encik Chan berkata masyarakat RVHS akan memerlukan masa untuk pulih daripada kejadian itu, dan pelajar dan kakitangan akan dirujuk kepada agensi jagaan kesihatan bagi bantuan profesional jika perlu.



Beliau melahirkan rasa gembiranya bahawa dalam masyarakat sekolah itu, pelajar telah memulakan perbuatan kebaikan kecil mereka, dengan ada mengagih hadiah kecil dan pek makanan ringan sementara yang lain memberi nota dengan mesej galakan dan manisan.



"Pelajar juga menjaga guru mereka dan menggesa mereka mendapatkan bantuan jika perlu. Jawatankuasa Penasihat Sekolah, Persatuan Ibu Bapa-Guru, ibu bapa dan alumni juga telah memberikan sokongan kepada RV.



"Semua ini menunjukkan belas ihsan dan kekuatan keluarga RVHS," kata Encik Chan.




"Dengan melapangkan masa yang lebih kerap dengan anak-anak kita akan dapat mendengar pandangan, memahami perasaan dan mengadakan perbualan terus terang tentang makna kejayaan. Erti kejayaan adalah membantu anak-anak kita merealisasikan potensi dan kekuatan mereka, bukan membandingkan mereka dengan orang lain dan cuba menjadi seperti orang lain."
- Menteri Pendidikan Chan Chun Sing.



"Sebagai ibu bapa dua anak, termasuk seorang anak berusia 13 tahun, hati saya hancur apabila mendengar berita ini pada Isnin. Ia masih menjejas kita. Saya ingin menyampaikan ucapan takziah mendalam kepada keluarga terjejas oleh kejadian (di RVHS) itu."
- Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio).



"Apabila keadaan menjadi buruk, amat mudah menuding jari terhadap guru dan kakitangan. Namun, secara dasar dan rasional, saya tahu sekolah mesti kekal sebagai tempat selamat. Keselamatan dalam sekolah kita penting dalam memupuk keyakinan bagi pelajar, ibu bapa, guru dan kakitangan kita."
- Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar).




URUTAN INSIDEN KEMATIAN PELAJAR SEKOLAH TINGGI RIVER VALLEY



19 JULAI, 11.35 PAGI



  •  Pada akhir waktu rehat tengah hari, sekumpulan pelajar terserempak seorang pelajar menengah 4 di luar tandas; pelajar lelaki itu memegang kapak dan meminta mereka menghubungi polis; kumpulan pelajar itu pulang ke kelas da memberitahu guru

  • Pelajar menengah 4 lelaki berumur 16 tahun itu meminta sekumpulan pelajar lain dalam kelas di sebelah tandas menghubungi polis; para pelajar itu pulang ke kelas, kunci pintu dan minta bantuan guru

  • Seorang guru tiba di tempat kejadian dan menyuruh pelajar itu meletak kapaknya di lantai. Pelajar itu mematuhi arahan dan diiring ke sebuah bilik mesyuarat; guru lain hubungi polis dan periksa tandas

  • 10 minit kemudian polis tiba dan menahan pelajar itu. Polis dan paramedik temui seorang pelajar menengah 1 berusia 13 tahun terbaring dan tidak bergerak dengan beberapa kecederaan. Dia kemudian disahkan meninggal dunia.

  • Setelah keadaan terkawal, pengetua memaklumkan insiden itu kepada kakitangan lain dan memberitahu pelajar satu kejadian serius berlaku; ibu bapa juga dimaklumkan menerusi aplikasi perhubungan Parents Gateway bahawa satu insiden serius telah berlaku

3.15 PETANG



Sekolah mula membenarkan pelajar pulang dan menugaskan guru di pagar sekolah untuk berhubungan dengan pelajar dan ibu bapa



SEKITAR MALAM



  • Ibu bapa dimaklumkan seorang pelajar meninggal dunia; diminta memantau kesejahteraan anak mereka; ibu bapa yang bimbang digalak hubungi guru

  • Siasatan awal polis menunjukkan dua pelajar itu tidak mengenali satu sama lain sebelum insiden tersebut, kapak itu dibeli dalam talian

  • 20 JULAI

    Pelajar 16 tahun didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh; kini direman untuk penilaian psikiatri




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >