Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Kerja pembersihan tanah Kranji boleh diperbaiki

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



PROJEK membangunkan kawasan semak di Kranji bagi mengukuhkan daya tahan rantaian bekalan makanan Singapura telah dirancang dengan teliti, dengan mengambil kira pertimbangan pembangunan ekonomi, penciptaan kerja dan perlindungan alam sekitar.



Menyatakan demikian di Parlimen semalam, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing, berkata kerja pembersihan tanah di situ bagaimanapun boleh diperbaiki.



Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada beberapa anggota parlimen mengenai kegiatan pembersihan tanah di tapak itu, dalam perbahasan yang berlangsung selama hampir satu jam.



Ini setelah sebahagian kawasan hutan Kranji yang diperuntuk bagi projek Taman Inovasi Agro-Makanan ditebang oleh kontraktor, walaupun kajian dasar kepelbagaian bio bagi kawasan itu masih dijalankan pihak berkuasa.



Kesilapan itu disedari oleh pengurus projek JTC semasa melawat tapak itu pada 13 Januari lalu.



Encik Chan berkata kerja pembersihan tanah boleh dan mesti dijalankan dengan lebih baik.



"Sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, saya telah mengarahkan semua agensi yang terlibat dalam projek pembersihan tanah untuk menjalankan pemeriksaan segera bagi memastikan proses perlaksanaan dan penyeliaan projek mereka berada dalam keadaan teratur," katanya.



Menjawab soalan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) tentang jadual lawatan ke tapak oleh pengurus projek, Encik Chan berkata terdapat jadual di mana pegawai JTC dikehendaki melakukan lawatan secara berkala, tetapi siasatan kini sedang dijalankan untuk melihat sama ada jadual itu dipatuhi.



Beliau juga berkata amaran keras telah diberikan oleh JTC kepada kontraktor yang terlibat, tetapi tindakan lanjut boleh diambil sekiranya siasatan oleh NParks dan JTC mendapati sebarang salah laku.



Menjawab soalan oleh Encik Xie Yao Quan (GRC Jurong) yang bertanya tentang jarak sebulan sebelum perkara itu diumumkan kepada orang ramai, Encik Chan berkata maklumat tentang kesilapan itu diumumkan pada 16 Februari kerana terdapat kepentingan awam dalam kejadian itu.



"Beberapa perkara dipertimbangkan berhubung pengumuman tentang siasatan itu. Pertama, adakah ia akan menjejas siasatan? Kedua, sifat kejadian itu dan bahagian mana yang akan menjadi kepentingan awam.



"Fokus kami dari Januari hingga Februari, dalam JTC adalah untuk memastikan mereka dapat menjalankan siasatan itu dengan menyeluruh dan adil tanpa prejudis kepada pihak yang terlibat.



"Kita semua dapat faham bahawa sebaik perkara itu diketahui orang awam, bukti atau siasatan tertentu mungkin ada prasangka. Disebabkan itu, kami tidak mengumumkan siasatan itu lebih awal.



"Tetapi apabila terdapat kepentingan awam dalam hal ini, kami juga pastikan yang kami segera mengemukakan fakta yang telah kami tetapkan supaya orang awam tidak perlu membuat andaian," katanya.



Mengenai apakah projek itu akan tergendala, Encik Chan berkata ia memang tergendala akibat pandemik Covid-19, tetapi kini sebaik Program Pengurusan dan Pemantauan Sekitaran (EMMP) selesai April ini, dan rundingan dijalankan dengan pihak berkepentingan, projek itu akan diteruskan seperti yang dirancang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >